Thursday, August 28, 2008

Malaysia Yang Ku Cintai

Sumber:http://zainulfaqar.blogspot.com

FENOMENA MALAYSIA KINI: SATU TINJAUAN

Betul mahupun tidak, kita sendiri yang mengetahui jawapannya berdasarkan pemerhatian, pengetahuan dan kesedaran kita sebagai rakyat Malaysia amnya dan lebih-lebih lagi sebagai ahli Gerakan Mahasiswa Islam khasnya.

Selamat meneliti,perhalusi dan jika kesemua fenomena ini benar kesahihannya, maka terpulang kepada anda untuk mengubahnya dengan penuh rasa kesedaran.

Sebenarnya agak sukar untuk menentukan rupa Malaysia Hari ini khususnya dari konteks GMI itu sendiri. Kesukaran ini disebabkan oleh Penulis sendiri sudah agak “lama” meninggalkan GMI. Sebab itu, Penulis sangat tidak bersetuju dengan penyaranan segelintir senior GMI agar menjadikan zaman “mereka” sebagai model gerakan.

Penyaranan ini sebenarnya akan melahirkan generasi GMI yang anti-redikal dan anti-ijtihad. Satu-satu ijtihad sebenarnya sangat tepat hanya pada zaman ijtihad tersebut diketengahkan. Tidak dapat tidak ijtihad WAJIB dilakukan satiap periodisasi kepemimpinan GMI dan ijtihad yang paling tepat sebenarnya dilakukan oleh seorang Mujtahid di zaman kepemimpinan mereka. Justeru, kepemimpinan GMI seharusnya selain mempunyai kebolehan Tasawur Islam yang jelas dan tepat, kepemimpinan GMI juga seharusnya mempunyai kebolehan mencermati kondisi semasa massa.

Berdasarkan pada cematan saya, terdapat beberapa fenomena hakiki yang secara sedar atau sebaliknya membentuk rupa lanskap siasah Malaysia. Fenomena-fenomena tersebut ialah:-

1. Sistem Sosial Diikat Oleh Ethnicity-Complaisant-Fear

Walaupun Malaysia sudah mengecapi kemerdekaan lewat setengah abad dan telah menempuhi pelbagai pengalaman Tamadun Malaysia, namun hakikinya lanskap massa masih lagi diikat dalam beberapa ikatan feudal warisan penjajah. Antara ikatan yang dimaksudkan ialah devide and role (bermaksud: dasar pecah dan perintah). Ikatan-ikatan ini sebenarnya demi memastikan tiadanya ikatan padu di kalangan rakyat yang secara nyata terdiri oleh pelbagai rumpun bangsa, agama dan budaya; agar pihak pemerintah (kolonial atau kerajaan) akan terus mengekalkan status quo mereka dalam masyarakat.

Dasar “KESBAN” atau sistesis pada Keselamatan-Pembangunan masih lagi menjadi subjek propaganda utama pihak kerajaan sejak dahulu hingga “masa” sekarang demi membentuk lanskap politik domestik negara bangsa Malaysia ini. Tragedi 13 Mei (1969), Operasi Lalang Okt,27 (1987), Tuntutan Suqiu (Nov, 1999)[1] dan Reformasi 1998 merupakan antara contoh norma-norma yang pernah berlaku dalam “masa” Malaysia. Daripada norma-norma ini, maka lanskap-lanskap tertentu dibentuk oleh semua pihak yang berkesedaran sama ada golongan politikus, kerajaan, aktivis “rakyat” dan sebagainya demi tujuan-tujuan tertentu.

Perluasan skala oleh pihak kerajaan seperti JQAF, KPLI, pengambilan SAR oleh pihak kerajaan sebenarnya salah suatu penstrukturan semula sistem sosial Malaysia. Imbuhan dalam rupa bonus dan pelbagai elaun khusus kepada komuniti penjawat kerajaan sebenarnya adalah suatu lanskap siasah; dan sebagainya. Lanskap ini diwujudkan demi melahirkan pelbagai konflik kepentingan (conflict of interest) dalam segenap kehidupan rakyat; yang akhirnya rakyat lebih gemar menjadi pemerhati setiap perkembangan dalam tamadun Malaysia. Inilah yang dikenal pasti sebagai “selesa”.

Demi memastikan tahap selesa ini terus dominan dalam diri rakyat, rakyat juga turut diikat dengan pelbagai peraturan yang memberi kelebihan kepada pemalaran status quo pemerintah. Antara akta tersebut ialah, Ordinan Darurat, ISA, OSA, AUKU , Akta Mesin Cetak dan sebagainya.

Penulis melihat rakyat sebenarnya bukan tidak tahu kepincangan masyarakat dan negara, namun kepincangan-kepincangan ini hanya diperjuangkan secara diam melalui hati baik oleh komuniti ahli UMNO-BN atau anggota kerajaan sendiri. Inilah ikatan sosial Malaysia - ethnicity-complaisant-fear!

2. Kecelaruan Tindakan Oleh Pemimpin Disebabkan Faktor Kejahilan

Penulis melihat kepemimpinan negara berada dalam rupa celaru. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah celaru dalam mengamalkan Islam dan mentadbir negara berlandaskan Islam. Kecelaruan Pak Lak turut dibebankan dengan pelbagai budaya celaru oleh komuniti Menteri Kerajaan Malaysia, UMNO dan Barisan Nasional sendiri. Akhirnya rakyat yang sedia jahil turut terkeliru dan celaru dengan dogma-dogma kerajaan disebabkan mereka jua rata-rata jahil agama dan politik.

Terma-terma kecelaruan dan kejahilan pemeritah sebenarnya adalah suatu lumrah disebabkan tidak kembali kepada agama. Namun yang lebih malang ialah dikalangan pemimpin-pemimpin Islam, organisasi-organisasi Islam malah para pendokong gerakan Islam sendiri bagi saya jahil dalam memahami Islam dalam konteks kekinian kini.

Islam adalah agama yang sesuai sepanjang masa, saman dan tempat. Namun, jika dikalangan sofwah al-mukhtarah Islam itu sendiri gagal memahami Islam secara falsafah dan praktikal, maka sudah pasti Islam itu bakal dibaca dalam rupa yang kaku.

Kecelaruan dan tiada konsistansi dari segi fikrah dan tindakan di kalangan para pemimpin dan organisasi yang bercita-cita membawa Islam dalam konteks Malaysia merupaka suatu kondisi malang yang sepatutnya diinsafi bersama. Kondisi ini berpunca oleh lantikan pemimpin “mee maggie” yang bukan sahaja jahil dari segi keilmuan, malah dari segi pengalaman.

3. Gelombang Kebangkitan Islam Sedunia

Walaupun pelbagai tragedi malang melanda dunia Islam semasa, namun sesuatu hakikat yang seharusnya diakui oleh kita ialah Islam dalam periodisasi kebangkitan. Pasca PD2, selepas kejatuhan blok Soviet (secara fizikal sahaja), Islam menggamit perhatian hegemoni Barat-Kapitalisme. Buktinya, berlaku neo-imperialisme ke atas negara-negara umat Islam. Neo-Imperialisme ini amnya dalam rupa budaya-fikrah yang akhirnya berlaku kemunduran sosial dalam negara umat Islam.

Sesuatu yang menarik, apabila satu-satu negara umat Islam mengalami tahap kemunduran sosial tinggi, Islam kembali menjadi alternatif tamadun di kalangan majoriti rakyat. Dominasi siasah oleh kelompok-kelompok Islam lahir di beberapa negara bangsa umat Islam. Antaranya ialah di Iran (1979), Libya (1990), Turki (1995), Indonesia (1999), Mesir (Dis.2005) dan Palestin (Jan. 2006). Amerika-Eropah-Barat sangat bimbang dengan kebangkitan Tamadun Islam kini.

Sebenarnya di Malaysia jua berlaku kebangkitan Islam pasca PRU10. Islam serta kepemimpinannya walaupun gagal membentuk kerajaan, namun keputusan PRU12 sangat memberi kelebihan kepada PAS-BA. Menurut Zulkifli Bujang (UiTM Johor), pengenalan Manhaj Islam Hadhari merupakan salah satu faktor pendesak ialah pihak kerajaan Malaysia cuba berlumbang-lumba dengan lain-lain pihak untuk membuktikan siapa lebih Islam dalam konteks Malaysia? Walaupun berlaku kecelaruan nilai Islam di peringkat kerajaan dan UMNO-PAS, namun yang pasti rakyat mula cenderung pada sistem alternatif iaitu Islam. Sebab itu, kerajaan jua berkecenderungan mengetengahkan idea Islam dalam konteks kerajaan Malaysia.

4. Pluralisme Gerakan Cenderung Pada Deulisme

Sampai hari ini, di kalangan pembangkang asyik membincangkan idea “SATU PARTI PEMBANGKANG”. Sebelum ini PRM-ADIL sistesis dan dikenal sebagai PKR. PAS-ADIL-PRM-DAP pernah berada dalam konsesi BA (sebelum itu dikenali sebagai GERAK).

Di kalangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) turut membuat beberapa koliasi. Individu Bukan Kerajaan (NGI) juga baru-baru ini menubuhkan konsisi untuk tujuan keadilan sosial Malaysia melalui pentas Blogger kebangsaan.

Penulis melihat bahawa segala perkembangan terkini khusus di pihak yang bukan berkepentingan, berkesedaran dan menjunjung tinggi prinsip keadilan seolah olah sudah berada dalam suatu orbit yang sama dan sejagat. Inilah yang dimaksudkan dengan Pluralisme Gerakan Cenderung Pada Deulisme. Walaupun penulis menentang “TEORI SATU NILAI” tajaan sosialis, namun atas faktor sejarah dan keperluan semasa, fenomena ini sangat besar kepentingannya kepada Islam jika dicermati bersama.

5. Gerakan Islam Tenggelam Dalam Amukan Isu

Ramai pemerhati politik tempatan melihat bahawa gerakan Islam PAS semakin mendekati rakyat melalui acara demontrasi jalanraya dan responsif pada beberapa isu yang melibatkan kepentingan agama dan sosial Malaysia.

Isu serangan AS ke atas Afghanistan-Iraq, layanan tahanan di Guantanamo, Karikator Hina Nabi, Murtad, Rasuah, Pepecahan dalam UMNO-BN, Setinggan, Pengangguran dan sebagainya adalah antara isu-isu dominan dalam lanskap politik Malaysia.

Di kampun juga, rata-rata aktivis sangan ghairah mengambil pendekatan “singkat” ini demi dinobatkan sebagai gerakan massa. Penulis melihat ada kesan baik. Namun, jika gerakan tiada mempunyai konsistensi isu dalam mengisi harakah Islamiyyah, Penulis bimbang organisasi-organisasi Islam akhirnya terperangkap oleh isu-isu yang sengaja dicipta dalam lanskap sosio-politik Malaysia.

6. Dunia Mencari “Universal Man”

Isu ketirisan, integriti, ketelusan Pak Lah, UMNO dan BN semakin menjadi rahsia umum yang bukan sahaja diketahui oleh politikus, cendekiawan dan aktivis di pelbagai peringkat Malaysia. Malah, semua pihak sudah secara diam sudah menyatakan pendirian negatif kepada kerajaan. Namun, mereka masih enggan memberi batton kepemimpinan kepada kelompok alternatif; termasuk PAS.

Realiti ini sebenarnya bertitik tolak pada ketidakyakinan mereka kepada Islam dan PAS sendiri. Di dalam PAS sendiri sebenarnya sudah wujud bibit-bibit fasad yang hanya boleh ditangani oleh seorang Universal Man atau Mujaddid. Mujaddid ini seharusnya mempunyai watak kenabian iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fathonah agar Universal Man ini menjadi pemimpin sejagat kepada semua rakyat yang terdiri oleh pelbagai kepercayaan, etnik, adat dan status sosial. Penulis sangat mempercayai teori Universal Man ini.

Lanskap Baru Gerakan Mahasiswa Islam: Suatu Saranan

Sumber: http://zainulfaqar.blogspot.com

Seorang sahabat telah emailkan kertas kerja cadangan ini kepada ana untuk dibaca dan diperhalusi isi kandungannya. Tergerak hati ini untuk berkongsi bersama semua ahli GMI yang belum berpeluang membaca dan membelek setiap muka surat artikel ini. Semoga ada manfaat dan kebaikan buat semua yang mencari dan kabur akan gerak kerja serta peranan sebagai Ahli GMI.Insya-Allah.


1. Kebolehan Membaca Senario Semasa


GMI seharusnya bersedia menyediakan suatu kerangka gerakan yang lebih universal dan mampu menarik penyertaan pelbagai bangsa, kepercayaan dan latar belakang idealogi politik. Kerangka gerakan ini tidak dapat tidak mesti berpaksikan pada objektif asal dan prinsip-prinsip yang dipegang selama ini iaitu Islam di samping menjadikan fiqh semasa (fiqh al-waqi’i), sains politik (fiqh as-siyasi), fiqh timbang-tara (fiqh al-muwāzanah) sebagai neraca ijtihad tambahan.

Sebagai contoh ialah kesediaan GMI menerima keahlian mahasiswa bukan Islam secara langsung dan hakiki; yang secara nyata bertentangan dengan dasar-dasar dan objektif penubuhan GMI, namun dari satu segi penyertaan ini dapat mambantu dakwah Islamiah ke atas komuniti mahasiswa bukan Islam di peringkat kampus.

Walaupun secara realistiknya, GMI seharusnya menerima hakikat bahawa perselisihan faham atau dugaan adalah suatu sunnahtuLlah (ketentuan Ilahi) kepada hamba-Nya yang beriltizam dalam gerakan Islam, ini tidak bermakna GMI perlu bergerak dalam lanskap politik yang sedia ada. GMI seharusnya mencipta “orbit” baru yang merentasi garis-garis politik kepartian yang sedia ada. Tidak dapat tidak, semua platform strategik seperti MGMUM, Jawatankuasa Pemilihan MPMUM, bahagian HEPA, Jawatankuasa Tertinggi Kolej (JTK), Persatuan Mahasiswa Luar Kampus (PUSPITA) dan sebagainya seharusnya menjadi wadah atau proksi baru GMI demi agenda perubahan, dakwah Islamiah dan mengekalkan dominasi massa di peringkat kampus.

2. Membina Jaringan Sejagat

GMI juga seharusnya meneroka dan mendominasi pelbagai platform yang strategik di peringkat nasional seperti United Malay National Organization (UMNO), PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu SeMenanjung (GPMS), PKPIM, Majlis Belia Malaysia (MBM), Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) dan sebagainya demi menggerakan massa dan memacu kebangkitan Islam secara lebih konvensional dan formal pada masa akan datang.

Sedar atau tidak kemenangan kebanyakan Jamaah Islam melalui pilihanraya yang demokratik hakikatnya tidak bergantung pada blok Islamic secara eksklusif dan nyata, sebalinya mereka bertanding secara bebas atau menjadikan parti-parti politik yang sedia ada dan strategik sebagai batu loncatan dalam mendominasi tampuk pemerintahan negara. Tranformasi lanskap politik seumpama ini ternyata berjaya sebagaimana kemenangan Ikhwan al-Muslimin dalam Pilihanraya Mesir pada Disember 2005 lalu.

Penulis melihat langkah GMI meninggalkan beberapa aksi tradisi seperti demontrasi aman, piket, penyerahan memorandum dan sebagainya dalam aktivisme mereka merupakan suatu langkah kebelakang. Penulis menyarankan GMI memindahfungsikan pendekatan-pendekatan tradisi tersebut kepada kepada proksi-proksi lain seperti Komuniti Mahasiswa Kerinchi (KMK), Angkatan Pemuda Islam (API) dan sebagainya demi menyegarkan arus gerakan dan “Tradisi Mencabar” yang sebelum ini disinonimkan dengan watak gerakan GMI di samping meminimakan tekanan dan persepsi-persepsi negatif terhadap tubuh GMI.

3. Memimpin Tamadun Ilmu

Pasaran masa depan bagi penulis bukan lagi memerlukan pemimpin mahasiswa Islam yang vokal semata-mata, sebaliknya satu-satu pemimpin seharusnya mempunyai perwatakan qudus yang boleh dihormati oleh semua pihak dan menjadi simbol penyatuan ummah dan mahasiswa. Setiap ahli GMI baik pemimpin (qiyadah) mahupun ahli-ahli (jundiyyah) seharusnya menguasai ilmu-ilmu turath dan sekular dalam mendepani pelbagai cabaran ilmiah daripada Islam Liberal, golongan fakis, golongan sekular dan kelompok-kelompok tertentu yang mencemburui kebangkitan gerakan Islam di Malaysia. Pembangunan bidang penyelidikan seharusnya menjadi nadi utama pada aktivisme GMI sebagai persediaan menyertai perwacanaan sosial dan dunia Islam kelak.

Untuk pergerakkan di peringkat nasional, penulis mencadangkan GMI menubuhkan lebih banyak badan bukan kerajaan demi mengisi kelompangan harakah Islamiyah. Fungsi NGO ini seharusnya bersifat “watch-dog” dan pressure groups kepada pihak kerajaan, parti-parti politik hatta negara asing namun tidak membawa aspirasi mahasiswa Islam secara nyata. Pendekatan ini mampu meminimakan tekanan ke atas mahasiswa Islam dan GMI itu sendiri.

4. Membina Mujtahid Muda

Jika GMI ingin terus mengungguli gerakan massa, GMI seharusnya memperbanyakkan wacana berhubung ijtihad-ijtihad GMI sepajang mengepalai gerakan mahasiswa Islam. Fikrah-fikrah Yang Dipertua GMI atau tokoh-tokoh GMI seharusnya dibukukan atau diinstitusikan kerana belakangan ini, penulis melihat bacaan burupa pemikiran (fikrah) semakin kecil bilangannya.

Tidak salah bagi komuniti mahasiswa Islam masih menjadikan Majmu’ ar-Rasa’il oleh Hassan al-Banna sebagai rujukan haraki, namun usia GMI melewati 5 dekad ini, sepatutnya mereka sudah mempunyai gasasan fikrah dan harakah Islamiah yang tersendiri. Segala dokumen rasmi GMI seperti memorandum, kenyataan akhbar dan aktivisme GMI sendiri seharusnya direkodkan secara serius kerana sejarah GMI akan menjadi jatidiri kepada generasi mahasiswa Islam pada masa akan datang.

5. Tahalluf Siyasi dalam Harakah

Penulis juga menyarankan GMI merintis persepakatan antara pertubuhan-pertubuhan Islam sama ada di peringkat kampus atau nasional dalam satu pertubuhan konsesi demi mendepani cabaran massa yang jauh mungkin jauh lebih complicated dan memerlukan persefahaman yang jauh lebih padu dan jitu.

Sebagai contoh, inisiatif GMI-GAMIS untuk penubuhan Angkatan Mahasiswa Islam Nasional (AMIN) menghimpunkan GAMIS, PKPIM, KARISMA, Jamaah Tabligh Malaysia, Hizbu at-Tahrir (HT), dan sebagainya dalam satu wadah demi memacu agenda dakwah Islamiyyah dan pemeliharaan agama di peringkat kampus dan nasional.

6. Kembali Pada Asas Penubuhan Jamaah

GMI disarankan supaya agar lebih agresif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti asasi GMI seperti Usrah dan sebagainya dalam bentuk yang lebih moderate dan establish secara asimilasi dalam kerangka universiti yang sedia ada agar perkara-perkara ini menjadi suatu kelaziman bagi mereka secara sedar atau sebaliknya.

Sebagai contoh, penerapan nilai-nilai tamrin dalam aktiviti perkhemahan yang menjadi suatu kelaziman bagi pertubuhan-pertubuhan “biasa” di kampus secara tidak langsung.

7. Membina R&D Dalam Gerakan

Penulis juga menyarankan agar GMI menjalankan penyelidikan akademik ke atas aktiviti-aktiviti bekas ahli GMI secara konvesional. Dengan penyelidikan akademik ini, selain dapat memberi jawapan sahih kepada masyarakat berhubung kelangsungan aktivisme bekas-bekas ahli GMI ini, secara tidak langsung penyelidikan ini dapat memberi suatu jawapan kepada GMI sendiri tentang sejauh mana keberkesanan sistem tarbiah, dakwah dan siasah GMI dalam melahirkan generasi Islam yang mempunyai iltizam dan konsisten dalam mengisi gerakan Islam di Malaysia selepas graduan.

Wednesday, August 27, 2008

Permatang Pauh : Buktikan Bangkitnya Kesedaran

26 Ogos 2008 merupakan tarikh keramat kepada penentuan, milik siapakah Permatang Pauh yang menempatkan calon-calon yang tidak kurang hebatnya sebagai pesaing kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim? Persoalan ini terjawab apabila keputusan rasmi pilihanraya ini diumumkan. Majoriti yang mencecah hampir 15000 undi ini membuka mata dan hati rakyat Malaysia keseluruhannya bahawa pengaruh Dato' Seri Anwar Ibrahim ini ibarat api yang marak membara dan tidak padam meskipun pelbagai ujian dan cabaran yang dihadapi.
Firman Allah dalam surah Ar-Rum:Ayat 4-5

Rumusan Kepada Tafsiran Ayat ini:" Kemenangan itu Hanya Dari Allah Yang Maha Gagah Lagi Bijaksana"

Saya yakin dan percaya, dengan izin Allah Taala satu anjakan Paradigma akan berlaku kepada pentadbiran negara sedikit masa lagi. Bukan kerana fanatik kepada sesuatu parti, tetapi bukti sudah jelas, rakyat mahukan perubahan, dan rakyat juga tidak buta mata hati dan mata fikiran untuk menilai dan membuat pilihan yang terbaik.

Tetapi perlu kita ingat dan sedar, kejayaan ini tidak akan kekal seandainya segala tuntutan tidak ditunai, sekiranya syariat Allah dipandang remeh dan sekiranya tiada usaha yang mapan ke arah pembaharuan dan perubahan.

Jadikan kejatuhan yang dahulu sebagai pembakar semangat dan kemenangan hari ini sebagai amanah yang perlu ditunaikan. Dan yakinlah, selagi perjuangan ini tidak lari dari dasar dan tuntutannya, percayalah bahawa pertolongan Allah sentiasa mengiringi.

Da'wah? Apakah itu Da'wah dan Bagaimana?

Cukup menarik pandangan dan fokus ana semasa meneliti dan menghalusi Ucapan Dasar Presiden GAMIS,Ustz Dzulhairi berkenaan Paksi Kedua: Agresifkan Da'wah Sebagai "Movement" Bukan Sekadar Program.Tersirat seribu satu persoalan bermain di minda ana dan semestinya di minda sahabat sahabiah Ahli GAMIS Zon Sabah yang berpeluang hadir di dalam Munaqashah Ucapan Dasar Presiden GAMIS 2008/2009.

Buat Para Da'ie yang mendokong Risalah Islam,

Terasa tergerak hati ini untuk meng"fokus" kan kepada beberapa potong kalimah yang terkandung di dalam Paksi Kedua Ucapan Dasar tersebut.

"Tiada guna da'wah jika TAHU, tapi TIDAK MAHU MELAKSANAKAN. Tiada guna juga MAHU tetapi

TIDAK MAMPU BERTAHAN DENGAN KERENAH MAD'U"

Segala persoalan dipulangkan kepada diri kita sendiri. Ayuh, sama-sama kita perbaiki apa yang kurang. Masayarakat Malaysia rata-rata telah terbuka mata mereka untuk menerima Islam, cum amungkin kepincangan di peringkat kita sebagai da'ie itu sendiri yang menyebabkan da'wah itu tidak sampai atau pun sampai tetapi kurang berkesan. Perkasakan ilmu dan pengetahuan, bukan untuk berdebat, tetapi sebagai pemangkin kepada gerak kerja Islam yang kita laksanakan.

Wassalam

Friday, August 22, 2008

Kita Dicabar Lagi

Assalamu'alaikum WarhmatuLlahi Wabarakatuh

Suatu pendedahan yang sebelum ini mungkin tidak diendahkan langsung oleh kita semua yang bergelar seorang mahasiswa sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam, yang telah menggerakkan hati dan fikiran saya untuk berkongsi dengan rakan-rakan warga kampus sekalian adalah berkaitan isu budaya hedonisme yang agak dan dikatakan melampui batas sejak kebelakangan ini.

Sebuah universiti yang dinobatkan sebagai pusat ilmu dan pusat melahirkan para cendikiawan yag mewarnai kepimpinan negara suatu hari nanti telah dicemari dan dikotori oleh aktiviti-aktiviti berbentuk hiburan yang difikirkan tidak sepatutnya dihidangkan kepada insan bergelar mahasiswa.

Tempat yang dikatakan simbolik kepada budaya ilmu contohnya Dewan Canselor telah dimeriahkan dengan konsert-konsert dan hiburan yang melampaui batas kesopanan dan kesusilaan serta sedikit sebanyak mencabar nilai sebuah universiti sebagai gedung ilmu.

Sebagai mahasiswa yang prihatin akan fenomena ini berasa cukup kecewa dengan pihak pentadbiran kerana seolah-olah tiada langsung usaha untuk menyekat dan mengurangkan masalah ini. Sedangkan rata-rata insan yang berada di bahagian pentadbiran adalah yang beragama Islam. Tetapi di manakah mereka? Apa yang mereka buat sebenarnya.

Fikir-fikirkanlah

Thursday, August 21, 2008

Teruskan Istiqamah Wahai 'Amilin Sekalian

Assalamua'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh..

Lama sudah rasanya jemari ini tidak menekan keyboard ni dan terasa lama juga blog ini tidak di update. Disebabkan kekangan masa dan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan,ana mohon maaf. Terima kasih atas keprihatinan sahabat2 yang meminta kepada ana untuk meng"update" blog ni..

Untuk kali ini,ana cuma ingin berkongsi sedikit mutiara kata dan firman Allah sebagai halwa mata dan hati semua.

Sahabat sahabiah yang ana kasihi sekalian...

Ana terpaku pada kata-kata Luqman Al-Hakim yang berbunyi:

"Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam di dalamnya. Apabila engkau ingin selamat dari karam itu, layarolah lautan ini dengan sampan yang bernama TAQWA, isinya IMAN dan layarnya TAWAKKAL KEPADA ALLAH."

Firman Allah: Surah At-Taubah:Ayat 111

Maksudnya: Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mu'min, bik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka.Mereka berperang di jalan Allah sehinggan mereka membunuh atau terbunuh (sebagai) janji yang benar Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung"

Sahabat sahabiah sekalian,

Harapan dan doa ana,semoga kita semua terus istiqamah dan teguhkan langkah kita dalam perjalanan ini.

Wassalam

Thursday, August 7, 2008

Antara Intelektual Mahasiswa dan Keikhlasan Umno Meminda AUKU

Pada 30 Julai lalu, suatu temubual diadakan bersama dua siswa. Seorang daripadanya mewakili Persatuan Sains Politik, UIA Saifullah dan seorang lagi adalah Faizal mewakili PKPIM yang membincangkan tajuk pindaan Auku menerusi Radio 24

Tanpa merakamkan semua isi perbualan itu saya cuma ingin menyentuh beberapa perkara yang mungkin dianggap menarik oleh sesetengah pihak. Antaranya, hujah Faizal.

Menurut beliau, Auku sebenarnya memerangkap Umno sendiri sebagai parti pemerintah. Memang ada ketua bahagian, ketua cawangan dan calon-calon pilihan raya yang sedang membuat tesis Phd dan master dalam keadaan mereka adalah calon Umno.

Tidakkah hal ini melanggar Auku? Cuma, dalam kes Umno, SPR lazimnya akan menutup mata, bersikap berat sebelah dan akhirnya calon-calon itu diteruskan juga bertanding. Itu perkara biasa. Cuba lah hal itu berlaku ke atas calon pembangkang. Ada k ah SPR berdiam diri? Sudah tentu tidak.Hal kebiadapan dan berat sebelah SPR janganlah diragui.DJ penyampai radio mula termakan dan menyetujui pandangan tersebut. Sebagai wanita, mungkin beliau tak pernah terlintas dalam fikirannya akan hal seumpama itu. Tapi, beliau tetap mengulang hal yang sama kepada panelis termasuk panelis dari luar.


Ganggu pelajaran
Hal itu ialah, tidakkah penglibatan pelajar dalam politik itu mengganggu pelajaran?

Sebenarnya, banyak hal lagi yang mengganggu pelajaran mahasiswa seperti dadah syabu, gejala negatif seperti menonton video lucah, lumba haram, rempit dan sebagainya. Tetapi hal seperti itu tidaklah diambil peduli sangat. Lazimnya, kesedaran berpolitik dan berparti jugalah yang dilihat oran g sebagai hal yang mengganggu pelajaran.

Lalu hal itu ditanya sekali lagi kepada Irmohizam, seorang pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Phd. Tesis beliau berkaitan Auku. Beliau adalah exco Majlis Belia Malaysia (MBM). Jawapan beliau mudah; kecenderungan politik bukan sebab pelajar itu gagal dalam pelajaran. Jawapan ini mudah kerana beliau juga cenderung berpolitik.

"Kita lihat ramai pemimpin kita dahulu pun bergiat cergas dalam politik ketika masih lagi belajar," kata beliau. Sekali lagi jawapan ini merujuk pimpinan Umno lalu. Tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan lain-lainnya adalah contoh di mana pelajar itu mula berpolitik sedangkan mereka masih lagi berada di bangku kuliah.

Bagaimanapun hujah-hujah ini cuma sekadar ingin mengesahkan kehadiran Kelab Umno di luar negara. Cuba lah kalau mahu diwujudkan Kelab Pas atau apa saja pertubuhan yang bersifat anti-Umno. Baru kita akan dengar syor agar belajar dulu, politik kemudian.

Jawapan yang sepatutnya dikemukakan oleh Irmohizam sepatutnya jujur. Sepatutnya kita kena berkata, memang ada keadaan di mana pelajar terlalu menumpu kepada politik, lalu akhirnya gagal seperti Tun Dr Mahathir. Tapi, akhirnya beliau berjaya dalam Umno.

Tetapi, ada juga yang mahir menyeimbangkan pelajarannya dan akhirnya mereka berjaya dalam akademik seperti Dr Asyraf Wajdi. Tapi beliau kalah dalam pilihan raya di Tumpat Kelantan sebagai calon Umno. Tak apa. Bak kata Fansuri, tuah ayam nampak di kaki dan taji. Tuah calon Umno nampak pada sikap berat sebelah SPR dan hantu mengundi.

Jadi politik tak bersalah dan tak boleh sesekali dipersalahkan. Pilihan raya tidak bersalah, kerana yang bersalah tetaplah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Allah Maha Suci dan tidak bersalah. Yang bersalah adalah hamba Allah yang bernama Abdullah.

Kita mestilah jujur dengan diri sendiri. Semua bergantung kepada kebijaksanaan di dalam menyeimbangkan antara politik, pelajaran. Ada yang gagal pelajaran, tapi cemerlang pula dalam politik dan begitulah sebaliknya.

Memeranjatkan!
Tetapi hal yang paling memeranjatkan saya ialah ketika Irmohizam menyatakan Auku itu membantu dalam mengawal keselamatan dalam negeri dan lain-lain. Mujur juga si Faizal telah menolak pandangan tersebut dengan menyatakan bahawa ada banyak akta lain yang boleh digunakan untuk mengawal keselamatan negara seperti Akta Polis.

Bayangkan bagaimana seorang pelajar yang sedang membuat kajian di peringkat PhD itu boleh berkata seperti itu. Saya memang merakam perbualan temubual itu. Tetapi jika kita mahu kenya taan lengkap, sila hubungi husna@radio24.com.my.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Bagaimanapun, saya tidak berminat memanjangkan isi perbualan temubual itu. Apa yang mustahak ialah kenapakah dengan tiba-tiba Menteri Pengajian Tinggi berminat meminda Auku? Saya tidak fikir Umno ikhlas kepada warga kampus, pelajar dan pensyarah.

Pada akhir April lalu ketika saya selesai kerja di PWTC dalam Pest a Buku, seorang wakil PKPIM telah meminta saya bersama mereka menemui Dato' Idris Haron sebagai 'bupala' tertinggi dalam kementerian. Saat itu, syor mengenai pindaan Auku sedang bermula.

Antara alasan kenapa saya dibawa bersama untuk membahaskan pindaan itu ialah kerana saya antara bekas mahasiswa yang hampir-hampir terkena hukuman Auku. Demikianlah menurut kata seorang exco PKPIM. Semua itu berjalan dengan penuh rahsia.

Tatkala rombongan sebiji kereta itu baru bermula keesokannya, maka tiba-tiba saya dapat kiriman sms dari exco PKPIM yang menyatakan bahawa Idris Haron tak dapat menerima kehadiran kami bagi membincangkan hal pindaan tersebut.

Saya tak terperanjat kerana sejak awal lagi saya sudah meragui keikhlasan Umno dengan warga kampus dalam kalangan pelajar dan pensyarah. Tak salah saya, tarikhnya mungkin 28 April lalu. Tidak lama selepas itu, saya terdengar laporan Idris Haron sudah membuat kenya taan mengenai pindaan Auku.

Suara hati berbisik, sejak bila pula Idris Haron berbincang dengan badan pelajar itu? Atau mungkin mereka berbincang tanpa kehadiran saya? Wallahu 'alam. Apa pun, semua kisah ini menjadi suatu ukuran dan sandaran bukti bahawa Umno tidak pernah ikhlas.

Saya meragui keikhlasan pimpinan Umno termasuk menteri-menterinya sejak dulu, kini, dan buat selama-lamanya (kot). (Nak cakap serba tidak kena, mungkin Umno akan insof, siapalah yang tahu? Saya pun bukannya Tuhan.)

Antara bukti mudah ialah, dalam keadaan Umno ingin bermuzakarah dan bermuqabalah, mereka masih lagi setia mahu mengenakan Anwar Ibrahim atas isu l.w.t dengan si Saiful _____ Azlan. Kalau Umno dan Abdullah ikhlas, nescaya dia akan menyegerakan ur usan ini dengan bersumpah dan tutup kes di dunia ini, nanti sambung pula di akhirat.

Tetapi, Abdullah tiada niat untuk menghentikan laporan kutukan ke atas isu ini di akhbar. Dalam masa yang sama, Abdullah mungkin menggunakan isu muqabalah bersama musuh tradisinya guna meraih sokongan. Dan parti berkebajikan ini dijadikan sebagai perisainya dan kubu kuat Umno untuk menahan serangan rakyat ketika isu l.w.t sedang heboh.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Tradisi tipudaya serta tipuhelah Umno dan Abdullah ini mengalir dalam setiap cabangan dan cawangan kementeriannya termasuklah dalam pindaan Auku oleh Menteri Pengajian Tinggi. Khaled Nordin oran g Pak Lah.

Saya memang dengan jelas menanam benih-benih keraguan dan akan bercambah sebagai tunas dan pokok yang rendang, memayungi warga universiti daripada bahang panas terik penjajahan Umno melalui pujuk rayu mereka ini.

Kalau Umno ikhlas, mereka akan terus membuang Auku yang dilihat sebagai penyakit di dalam jiwa intelektual warga kampus. Mereka ada kemampuan. Tetapi, bagaikan bomoh, dukun yang bela pelesit dan hantu raya, mereka tak membuang semua saka warisan.

Selagi penyakit masih wujud selagi itulah wang pesakit sentiasa mengalir masuk di dalam kan tung mereka. Jika KPT (baca:Umno) pernah meminda untuk melonggarkan ikatan tali Auku, apakah mustahil suatu masa nanti mereka akan meminda untuk mengetatkan?

Manusia yang biasa 'membeli' jawatan, tidak mustahil akan 'menjual' jawatan. Inilah yang terjadi dalam Perhimpunan Agung Umno Disember nanti, iaitu jual beli undi. Oran g yang semacam ini akan meneruskan tradisi jual beli undi dalam pilihan raya umum.

Syahadan oran g yang meminda Auku untuk melonggarkan, tidak mustahil akan meminda lagi untuk mengetatkan. Hanya kejujuran terpamer pada mereka yang benar-benar ikhlas membatalkan Auku dalam Parlimen. Jikalau tiada lagi Auku, maka tiada ruang lagi untuk mereka melakukan pindaan. Hal inilah yang Umno tidak mahu.

Sumber:www.harakahdaily.net

Cinta Tanpa Syarat

Salam wasilah ukhuwah fiLlah sebagai pembuka bicara...Setinggi-tinggi syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana masih memberi kekuatan kepada jari-jemari ini untuk melakarkan kata-kata sebagai renungan dan perkongsian bersama sahabat dan sahabiah yang ana kasihi kerana Allah sekalian.

Hari ini ana diizinkan sekali lagi oleh Allah Yang Maha Esa untuk bersama-sama berada dalam satu majlis ilmu yang Insya-Allah disaksikan oleh para Malaikat dan diharapkan ia menjadi salah satu dari taman-taman syurga...

Ana cukup tertarik dengan suatu topik yang dibicarakan..iaitu CINTA TANPA SYARAT..sebelum dijelaskan akan maksud ungkapan itu..pelbagai penafsiran bermain di fikiran ana dan sahabiah yang turut hadir..Apa yang dimaksudkan dengan CINTA TANPA SYARAT itu??

Seorang sahabiah bersuara..

Cinta Allah adalah bukti kepada Cinta Tanpa Syarat..Allah tidak pernah meletakkaan apa-apa syarat pun kepada hambaNya untuk memperolehi cintaNya..Malah apa yang Allah berikan tidak sedikit pun diminta balasan..Cukup lah sekadar ungkapan syukur bagi membuktikan kita adalah hamba yang bertaqwa dan tahu berterima kasih..

Tapi...

Ana ingin mengajak sahabat sahabiah sekalian untuk menilai kembali sejauh mana kesanggupan dan pengorbanan kita demi menghargai Cinta Tanpa Syarat ini??

Pernah kita terfikir..seandainya Allah meletakkan syarat bahawa, dosa kita akan diampunkan sekiranya kita berjaya menunaikan solat dengan khusyuk?? Sudah pasti kita tidak mampu melakukannya..Entah-entah sepanjang kita menunaikan solat kita selama ini..tiada satu pun yang boleh dikategorikan sebagai solat yang khusyuk di sisi Allah...

Maha Pemurah dan Suci nya Allah...Begitu berlemah-lembut dengan hambaNya..SubhanaLlah..

Fikir-fikirkanlah..

Wassalam

Wednesday, August 6, 2008

Syukran Jazilan Ya Ummi


Semalam ana berkesempatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka..telah tersurat takdir ana diizinkan ke sana..meskipun tidak merancang sedikit pun untuk ke sana....namun bukan pengalaman dan perjalanan ke sana yang ingin ana ceritakan tetapi ada sesuatu yang lebih penting dan lebih 'aula untuk ana coretkan...

Sahabat sahabiah yang ana kasihi kerana Allah sekalian...

Tanggal 7 Julai 2008, genaplah umur ana 21 tahun..Suatu angka yang cukup besar serta anggaran umur yang cukup matang untuk seorang insan yang bergelar wanita...Tapi..ana tidak berniat untuk meraih hadiah atau apa-apa pun daripada pembaca sekalian..cuma ana ingin nyatakan,ucapan kesyukuran kepada Yang Maha Esa yang masih memberikan ana peluang dan ruang untuk terus hidup hingga ke saat ini..

Sahabat sekalian...

Sedar kah kita...suatu masa dahulu...kita pernah menyebabkan seorang insan menanggung kesakitan dan bertarung nyawa demi permata yang dinanti-nantikan kelahirannya..Ibu yang telah banyak menitiskan air mata tatkala kita melawan kata-katanya meskipun pada saat itu kita cuma berusia setahun jagung..Hati yang selalu menahan sebak dek kenakalan kita yang sukar untuk dididik..namun...ibu tak pernah menyisihkan kita dari hatinya..kita tetap permata hatinya...untuk selamanya..kerana tiada yang lebih menggembirakan hati seorang wanita yang bergelar isteri..melainkan dapat menghadiahkan zuriat kepada suami tercinta..tiada hadiah yang lebih menggembirakan hati seorang ibu melainkan dapat melihat anak-anaknya membesar dengan baik di depan matanya....

Senaskah buku yang sempat ana beli semalam bertajuk.."KEPENTINGAN OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI SOSIAL DAN KLINIKAL"...cukup memberi gambaran kepada ana..bukan senang untuk melahirkan seorang anak..tambahan pula pelbagai masalah dan risiko yang terpaksa dihadapi..Mungkin kita pernah terdengar..kebanyakan daripada ibu yang hamil mengalami masalah kesihatan seperti kencing manis dan jantung hanya semasa dalam tempoh kehamilan..Ditambah lagi dengan risiko-risiko lain yang mampu meragut nyawa si ibu dan bayi...

Namun..cekalnya hati seorang ibu..kasihnya pada anak yang dikandungkan..tiada lain yang diharapkan..melainkan keselamatan anaknya..namun pernahkah kita terfikir sebelum kita melontarkan kata-kata dan perbuatan yang menyakiti hati ibu kita..akan pengorbanan ibu sebelum ini..Tepuk dada tanya lah iman...

Ana mempunyai seorang sahabat yang cukup menghormati ibunya..Apa yang utama dalam hidupnya adalah ibu..dan adik-adiknya..Tanggungjawabnya sebagai anak sulung kepada 4 beradik yang telah lama kehilangan seorang ayah cukup membuatkan ana sedar dan menyayangi insan yang bergelar ibu..Tidak pernah dia meninggikan suara walaupun sekali kepada ibu..malah dia menjadi tempat untuk ibunya berkongsi segalanya baik suka atau duka..ana bangga dengannya kerana keprihatinan dan sifat hormatanya kepada ibu cukup tinggi..Mungkin kita kurang merasakan begini kerana kita masih memiliki kedua ibubapa kita...bagi dia..ibunya adalah segalanya selepas cintanya kepada Allah dan Rasul...

Sahabat sekalian..

Sayangi dan hargailah ibu anda sebelum dia diundang bertemu Yang Maha Kuasa..Hormatilah dia kerana bersama redhanya ada redha Yang Esa..Bukan sahaja ibu yang perlu dihormati, malahan insan yang bergelar ayah..hargai keringat yang telah dititiskan demi membesarkan kita...Gunakan peluang dan ruang yang masih Allah bagi ini sebaik mungkin..

Waassalam


Pasakkan Teguh Hati Ini Kerana Ia Tetap Milik-Mu

"Ya Allah!!Tenggelamkanlah aku dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu"

"Jika aku menyembah-Mu kerana takutkan seksa neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu"

"Ya ALLAH, ya Tuhanku..Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding serta menghalang antara aku dan Engkau!"

Tuesday, August 5, 2008

Tasawwur Islam Perlu Jelas

Satu teguran bersama untuk sahabat2 yang sama2 membawa imej dan da'wah Islam meskipun terdiri dari kefahaman yang berbeza..

Penggerak da'wah yang ana kasihi kerana Allah sekalian..

Rasa terpanggil diri ini untuk melontarkan sedikit idea dan kata-kata sebagai perkongsian bersama agar menjadi pemangkin kepada nilai dan mutu kerja-kerja Islam yang kita semua laksanakan..

Mungkin diri ini telah lama memerhati akan kelompangan yang berlaku di kalangan muslimin dan muslimat yang mengaku diri mereka da'ie..Kelompangan ini ana rasakan cukup ketara apabila berlakunya dan tertubuhnya banyak sangat fahaman di kalangan umat Islam sendiri meskipun kita sedar dan percaya bahawa Islam itu Agama yang Agung dan Mulia di sisi ALLAH SWT..

Sahabat sahabiah sekalian...

Dalam mendepani arus dunia yang kian rancak dengan pelbagai ancaman terutamanya kepada agama yang kita cintai ini..sedar atau pun tidak..kita yang sama2 berbai'ah untuk melaksanakan gerak kerja Islam itu sendiri seharusnya koreksi diri masing2 sejauh mana kejelasan kita terhadapTasawur Islam itu sendiri..

Ana suka untuk mengingatkan diri dan sahabat sekalian...adakah kita tahu atau tidak, apa yang di bawa oleh Islam sebenarnya?Tahu atau tidak apakah ciri-ciri Islam itu sendiri sehingga ia di katakan Ad-Deen?Tahu atau tidak sama ada kefahaman kita pada saat ini sudah cukup jelas dan faham mengenai Islam?

Ana pulangkan pertanyaan itu pada diri kita semua..

Sedih dan terkilan apabila ana melihatkan kefahaman beragama dalam diri kita yang mungkin boleh dikatakan agak cetek...

Jika anda percaya..Islam itu agama yang Syumul...akui lah kesyumulannya..Masuk lah ke dalam Islam itu sepenuhnya dan janganlah sesekali mengenepikan sesuatu unsur sekalipun bagi kita ia cuma satu peratusan yang boleh dikatakan sedikit...Namun hakikatnya..Pengasingan yang sedikit itu mampu membawa kepada perpecahan yang cukup ketara di kalangan umat Islam...

Fikir-fikirkanlah..Wassalamu'alaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh....

Pemikiran Kritikal dan Etika

Mungkin sahabat2 semua pernah terdengar atau ternampak perkataan atau penyataan seperti tajuk ini kan??

Emmmmmmmmmm....

Ni salah satu subjek pembelajaran ana di universiti...satu subjek yang pada peringkat awalnya..bagi ana..pelik..dan tertanya-tanya..kenapa kena blajar tajuk ni??mujur lah 2 jam kredit je...

Kelas yang pertama...

Boring nya...apa lah subjek ni...bisik hati ni dan juga keluhan rakan2 sekelasku...

Bila dah masuk jam kedua kuliah..Pensyarah bertanyakan kepada seorang rakanku...Apa itu pemikiran kritikal?

Mula lah tak tahu nak jawab ape...main tembak je jawab nya...

Apa lagi..kena komen dengan pensyarah la...awak ni nak cakap..dah fikir betul2 ke jawapan?

Kita kena jadi orang yang berfikiran kritikal dan menjadi seorang yang digelar kritikus..kata nya...

ooooooooooo....terpana jap...

Masuk minggu kedua kuliah...

Pensyarah minta wakil bagi setiap agama untuk membentangkan etika-etika yang terkandung dalam agama masing2....

Lepas tu...audience yang dengar perlu bagi komen...

Selepas pembentangan...dia bincang tajuk "Global Warming"...di tanya satu persatu...minta tajuk tu di bahaskan...apa lagi..senyap je lh kami...tak de point...

Minggu depan nya...nak bahas tajuk "Krisis Makanan Dunia " pula...

***Mesej yang ana nak sampaikan di sini adalah...Cetek nya ilmu kita...Kurang membaca dan boleh di ibaratkan katak di bawah tempurung

Sebagai seorang muslim contohnya...perlu tahu isu2 dunia...isu2 agama dan segalanya..barulah hujah kita tak mudah dikalahkan pihak lawan..terutamanya dari agama lain...jangan lah kerana sikap kita yang malas membaca atau yang endah tak endah je tentang ilmu ni membawa fitnah kepada Islam...dan lebih teruk lagi...menampakkan seolah-olah umat Islam ni cukup mundur dari sudut pemikirannya...sedangkan..pada ketika dahulu..tokoh2 ilmuan adalah terdiri di kalangan orang Islam terutamanya...

Sahabat sahabiah yang ana kasihi kerana Allah sekalian...

Melalui pembelajaran subjek ini..sedikit sebanyak menyedarkan ana...perlunya kita mengambil tahu semua perkara..perlu nya kita mendalami semua ilmu...kerana bagi ana...Umat Islam perlu cemerlang dan menjadi contoh kepada orang ramai..Ilmu itu bukan untuk dibanggakan...malah perlu dikongsi dan diamalkan...

Jesteru...ana berharap...para penggerak Islam semua...banyakkan membaca..tambahkan ilmu...angkat martabat Islam...Semoga segala apa yang keluar dari mulut kita dan yang terlontar dari fikiran kita nanti...bukan perkataan yang sia-sia..TETAPI...biar lah ayatnya pendek..namun maksudnya cukup mendalam dan berkesan di hati...

Wassalam