Friday, March 13, 2009

Benar, Segalanya MilikMU

Tuhan....
Hati hamba pilu....
Tuhan...
Hati hamba sayu....
Tuhan...
Hati hamba sedih...
Tuhan....
Hati hamba menangis...
Tuhan...
Hati hamba sakit...
Tuhan...
Kau lah maha Memahami...
Yang memujuk tatkala aku merajuk...
Yang membelai tatkala aku kesedihan...
Yang menemani tatkala aku kesunyian...
Tuhan...
Telah ku lalui...
Jerit perih kehidupan...
Selana 22 tahun ini...
Tuhan...
Telah aku tunaikan solat
Telah aku tunaikan puasa
Telah aku tunaikan zakat
Aku telah bersaksi
Engkaulah segalanya
Engka Yang Maha Esa
Kau yang Maha Hebat
Engkau yang Maha Kaya
Kau Yang Maha Pengampun
Engkau yang Maha Pemurah lagi Penyayang
Segalanya Milik-Mu Tuhan...

Tuhan...
Hati ini juga milikMu
Tuhan...
Mata yang menangis ini juga milikMu
Tuhan...
Tangan yang ditadah juga milikMU
Tuhan...
Mulut yang berzikir juga milikMu

Sunday, March 8, 2009

Cuba Baca, Hayati, Fahamkan dan Amalkan

Do'a Yang Diajarkan RasuluLlah kepada Siti A'isyah R.A

Ertinya: " Ya Allah! Aku memohon kepadaMU akan segala kebaikan di negeri dunia dan negeri akhirat,
sama ada yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui.
Dan aku berlindung denganMU daripada segala kejahatan di dunia dan di akhirat, sama ada yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui.
Dan aku memohon kepadaMU akan syurga dan segala amalan yang dapat menghampirkan aku kepadanya,
baik perkataan, perbuatan, niat dan i'tiqad.
Dan aku berlindung denganMU daripada api neraka dan segala amalan yang dapat menghampirkan aku ke dalam api nereka,
baik perkataan, perbuatan, niat dan i'tiqad.
Aku memohon kepadaMU
akan segala kebaikan yang telah dipohon oleh hambaMU dan RasulMU Muhammad S.A.W
dan aku berlindung denganMU
daripada segala kejahatan yang telah berlindung daripadanya oleh hambaMU dan RasulMU
Muhammad S.A.W.

Ya Allah! Apa jua keputusan yang Engkau berikan kepadaku
daripada segala urusanku,
maka Kau jadikanlah akibatnya membawa aku memperolehi petunjukMU..
Ameen Ya Rabbal 'Alamin"

Renungkanlah

Cuba kau renungkan
Cuba kau fikirkan
Akan datang hari depan
Selama di dunia
Banyakkah amalan
Yang telah engkau jalankan

Kerana hidupmu hanya sementara
Kau tak akan lama di dunia
Bagaikanlah burung yang hinggap di dahan
Sekejap iakan terbang

Dunia Pinjaman Akhirat Yang Abadi

Berjuanglah engkau untuk duniamu
Seolah kau kan hidup lama
Beramallah engkau untuk akhirtamu
Seolah ajalmu kan tiba

Beramal Kebaikan Untuk Hari Depan
Demi Untuk Kebahgiaan

Cinta DIA Vs Cinta Si Dia

Bahagian 1

Berbisik di dasar hati
Bertanyakan pada diri
Tentang Kasih
Tentang Cinta

Haruskah Aku mnghampiri
Haruskah Aku menjauhi
Jika ia mematikan hati
Melemahkan iman
Menjauhkan diri Dari DIA
Rabbul Izzati

Bercakap dari pengalaman diri..Aku rasa, perlu untuk aku sampaikan buat semua taulan.. Kerana inilah tanggungjawabku.. Jika aku benar berpegang pada kalimah tauhid, " La Ilaha IllaLlah, Muhammad RasuluLlah..

Aku sering berdiskusi bersama teman, mangapa COUPLE menjadi virus yang susah untuk menemui ubatnya? Adakah kerana kita yang salah mengenakan ramuannya? Atau kerana kita tidak memahami situasi mereka? Atau adakah kerana kita hanya tahu berbicara, tanpa tindakan? Atau pun kerana kita yang bergelar DU'AT ini yang ada kelompangan dalam situasi sebegini? CERMIN-CERMIN, INTAI-INTAI, Di manakah kelompok kita?

Memang benar, kita dituntut melaksanakan Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar, tapi ia hanya mudah sekadar teori, dan apabila praktikalnya hampir, ia menjadi teramat sukar.. Mengapa ya? Tanyakan pada iman anda

Setiap ujian Allah itu, ada hikmah dan ibrahnya. Jika anda belum pernah diuji dengan Ber"COUPLE", mungkin anda tidak memahami betapa indahnya jika di alam percintaan. Sehingga membuatkan pasangan itu asyik dengan angan-angan bersama. Susah dan senang sama-sama, makan bersama dan sebagainya. Bila melihat kepada fenomena ini, cuma fikirkan pendekatan yang terbaik..Bagaimana untuk meleraikan pasangan yang bermimpi in? Betulkah caranya dengan mengherdik? Salah kan? Betulkah dengan cara berlembut, jelaskan dengan sebaiknya, sedangkan tiada berkesan di hati? Mungkin method ini perlu di tambah perisanya..

Nak tahu resepi terbaru??

Tunggu...