Sunday, January 16, 2011

Aku Cinta Allah

Andaikan diriku bisa seperti yang lain..
Yang Kau sayang..
Yang Kau rindukan..
Yang Kau cintai..
Aku lemah tanpaMu..Aku lelah..Aku sungguh tak berdaya..
TOLONGKU...TOLONGKU Ya Allah..

Setiap air mata ku mengalir..
Allah, aku lemah dan tak bererti..
Setiap derai tangis membasahi..
Allah jangan tinggalkan aku lagi..
Aku Sayang Allah..Aku Rindu Allah..Aku Cinta Allah..

Aku lemah tanpaMu..Aku lelah..Aku sungguh tak berdaya..
TOLONGKU..TOLONGKU Ya Allah..

Setiap air mata yang mengalir..
Allah, aku lemah dan tak bererti..
Setiap derai tangis membasahi..
Allah jangan tinggalkan aku lagi..
Aku Sayang Allah..Aku Rindu Allah..Aku Cinta Allah
Aku Cinta Allah..Aku Cinta Allah

Wednesday, March 24, 2010

Koreksi Diri

AstaghfiruLlahal 'azim...AstaghfiruLlahal 'azim...AstaghfiruLlahal 'azim..
Semoga lafaz istighfar ini datangnya dari hati yang ikhlas, takut dan taat kepada Allah, dan bukanlah istighfar yang membuahkan dosa. Ramai yang tertanya,bagaimana istighfar itu boleh membuahkan dosa, sedangkan ia adalah lafaz memohon keampunan? Jika lafaz hanya dibibir, tidak dihadirkan dengan hati yag ikhlas dan kesal akan kesilapan yang dilakukan, ia ibarat satu mainan semata-mata.

Mengambil sedikit pengajaran dari lafaz yang terkandung dalam do'a iftitah, jika dihayati dan difahami dengan mendalamnya, maka akan tersentuh hati-hati manusia dan akan tunduklah sikap angkuh dalam diri..

Lafaznya adalah:

Innasolati Wa nusuki Wa mahyaya wa mamati liLlahi Rabbil 'Alamin

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah"

Ingin sekali maknanya ana panjangkan sedikit agar ia menusuk di hati kita semua.

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata dan hanya untuk Allah"

Menyedari hakikat kejadian kita yang di datangkan oleh Allah sebagai hamba dan khalifah, maka sepatutnya lafaz bai'ah ini perlu di fahami sebaik-baiknya. Bertanyalah pada diri, Dari mana kita datang? Kenapa kita didatangkan? Ke mana kita akan kembali?

Kerana meyakini bahawa datangnya kita dari Allah, dan kembalinya kita nanti jua kepada Allah, dan bakal diadili oleh MAHKAMAH ALLAH YANG MAHA ADIL,maka selesaikanlah persolan kedua tadi(Kenapa kita didatangkan?) dengan berlandaskan syariat dan panduan Allah.. Manusia diciptakan untuk mengabdikan diri pada Allah,jua sebagai khalifah di muka bumi., Tugas khalifah adalah memerintah,memakmurkan,membangunkan dunia ini berlandaskan apa yang Allah suka, bukannya apa yang kita suka. Disebabkan itulah, Allah kurniakan kita Al-Quran sebagai panduan dan diperkuatkan lagi dengan hadirnya Para Rasul dan sunnah Rasulullah sebagai contoh teladan.

Manusia biasa, tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Namun, Allah jua telah menyediakan jalan pulang. Allah juga menganjurkan taubat nasuha untuk hamba-hamba yang ingin kembali kepadanya. Cuma terpulang kepada kita sendiri, sama ada mahu ataupun buat-buat tak mahu.

Semoga Allah memberikan kita ruang dan peluang untuk terus mengenali dan mencintaiNya. Juga peluang untuk terus memohon keampunan atas segala kesilapan.Insya-Allah

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu memaafkan diri kita, kerana kita juga bertanggungjawab mengasihi diri kita sendiri.

Saturday, February 27, 2010

Aura Maulidur Rasul

Salam Rabiu'l Awal 1431H buat semua. AlhamduliLlah,Aura Maulidur Rasul diizinkan dipaparkan untuk renungan semua. Kemungkinan agak terlewat dengan tarikh 12 Rabi'ul Awal, namun tidak sesekali terlewat untuk bercerita tentang Kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW.

Lahirnya Nabi Muhammad , Mengenalkan kita akan lahirnya syariat Allah
Wafatnya Baginda , Menandakan telah sempurnanya Syariat dan Agama Allah

Menyinggah di minda, terngiang di telinga, berlegar di benak fikiran kuliah Maghrib yang disampaikan Oleh Ustaz Farid Ravi di Masjid Bandaraya pada malam menjelangnya 12 Rabi'ul Awal. Betapa besarnya amanah yang dipikul Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan Risalah Allah. Bermula dengan mengajak manusia agar meninggalkan menyembah Tuhan selain daripada Allah, Nabi mengajar kita Al-Quran, Nabi juga mengajar kita akan kebijaksanaan. Nabi juga turut serta dalam peperangan. Hati Nabi sedih bila dilontar dengan batu dan najis. Hati Nabi sayu dengan fitnah dan cercaan. Tetapi Nabi tidak pernah putus asa untuk MENDIDIK manusia. Nabi tidak pernah mengeluh, meskipun perut Nabi tidak diisi berhari-hari. Nabi tidak tidak pernah mengutamakan dirinya,demi maruah ISLAM yang dibawa. Malah Nabi amat menyintai dan risaukan kita, UMMAT BAGINDA. Hingga ke akhir nyawa Nabi, hanya yang terukir di bibir Nabi, UMMATI,UMMATI,UMMATI.

Sahabat sahabiah, adik-adik dan seluruh yang mendokong kerja Da'wah yang ditinggalkan Nabi Muhammad kepada kita, jadikanlah Sejarah Nabi sebagai pembakar semangat. Semangat yang terbina atas dasar faham bukan perasaan semata-mata. Belajar untuk mengenali perjuangan dan keperitan Nabi Muhammad dan Nabi-Nabi sebelumnya. Kerana kita adalah mata rantai perjuangan itu. Meskipun bukan pemula ataupun pengakhir, namun kita punyai tanggungjawab meneruskan kesinambungannya.

Semoga Allah merahmati Baginda, Sahabat, Ahli keluarga Baginda, Para Syuhada'. Mohonkan pada Allah agar rahmatNya juga bersama mengiringi setiap ayunan langkah perjuangan kita.

Belajar untuk menyampaikan mesej ISLAM kepada manusia. Jika kita hanya pandai bekerja sahaja, maka perlu melangkah selangkah ke hadapan, latih diri untuk menyampaikan dari lisan dan penulisan. ISLAM ADALAH PRODUK YANG TERBAIK, MAKA ISLAM ITU PERLU DISAMPAIKAN OLEH PENJUAL YANG JUGA TERBAIK. Belajarlah, Aplikasilah, Sampaikanlah. Semoga ia lahir dari hati, dan akan sampai kepada hati.

WaLlahu a'lam


Aura Maulidur Rasul

Salam Rabiu'l Awal 1431H buat semua. AlhamduliLlah,Aura Maulidur Rasul diizinkan

Aura Maulidur Rasul

Salam Rabiu'l Awal 1431H buat semua. Aura Maulidur Rasul diizinkan

Cinta Allah Vs Cintakan Allah

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
Begitu lah hati merindu Kasih yang Padu

Bagaikan pepasir basah disimbah lautan
Begitulah rasa cinta ini
Biar basah dengan zikrullah


CINTA ALLAH VS CINTAKAN ALLAH

Diciptanya kita sebagai manusia dengan sebaik-baik kejadian..Cintanya Allah kepada kita bukannya hari ini baru terbukti..Tetapi betapa sayangnya Allah pada kita dapat kita amati kisah penciptaan ADAM dan HAWA..Kerana Allah Maha Mengetahui, Adam sunyi di syurgaNya, maka Allah hadirkan HAWA dalam hidup ADAM..Sayangnya Allah pada kita,hambaNya, Allah mulakan dengan mengajar Adam tentang silapnya..Allah hukum baginda..Semuanya kerana Allah sayangkan NabiNya..Allah tidak mahu hambaNya binasa dengan rayuan Iblis LaknatuLlah..Dari penjagaan Allah itu, maka lahirnya Penghulu dan Pengakhir segala Nabi,Muhammad S.A.W..

Muhammad Bin Abdullah, digelar Al-Amin..Digelar Rahmatal Lil 'Alamin..Dijadikan HabibuLlah..Indahnya sayang dan cinta Allah..
Sehingga lahirnya seorang Nabi yang dijadikan sebaik-baik contoh buat manusia..
Cintanya Allah pada kita, Allah jadikan kita Umat Nabi Muhammad, yang dipenuhi segala kelebihan..

Namun kita sebagai hamba, kadang-kala lupa akan hakikat Cinta dan KasihNya Allah kepada kita..Kita lupa akan penjagaan Allah semasa kita di alam rahim ibu kita..Bagaimana Allah mengutus para malaikat untuk menjaga kita dan ibu kita..Allah ciptakan air ketuban yang mampu menyerap tekanan dan hentakan..Kita dipelihara dalam rahim ibu kita dari kecederaan..

Tatkala kita lahir ke dunia, Allah syariatkan agar diazankan dan diiqamahkan, sebagai tanda syukur pada Allah dan benteng dari bisikan syaitan..Indahnya kasih sayang Allah..

Hari ini, dan hari-hari yang telah berlalu, terlalu banyak kesilapan dan maksiat yang kita lakukan. Namun, keampunan Allah tetap ada untuk kita..Kita lapar, Allah berikan kita makanan..Kita sedih, Allah kurniakan kita ketenangan..Kita hampa, Allah berikan kita jalan keluar..Kita kecewa dengan manusia, Allah tetap setia bersama..

Pabila kita melakukan kebaikan, Allah bagi kita ganjaran..Pabila kita bertaubat, Allah terima taubat kita..Allah jadikan utusan dan kitab sebagai pendidik dan pegangan kita..Allah jadikan malaikat untuk menjaga kita..Sehinggakan iblis dengki dengan kita..Dengki dengan cinta Allah kepada kita..

TETAPI, MENGAPA???
Kita sukar untuk melaksakan kebaikan..tetapi tidak merasa sukar untuk melakukan kemaksiatan?
Kita terasa penat untuk membaca Al-Quran, tetapi tidak pernah penat untuk urusan dunia yang melalaikan??
Kita tidak merasa kehadiran Malaikat yang mencatat, sehingga kita lupa akan tontonan di Mahsyar??
Kita katakan Iblis itu kufur,tetapi mengapa tindakan kita banyak tergoda dengan rayuannya??


Sahabat-sahabat sekalian,
Ayuh bersama-sama kita pulang kepada Allah yang Maha Menyintai hamba-hambaNya
Ayuh bersama-sama kita baiki kesilapan yang lampau
Bersama kita rasai hadirnya Allah setiap detik masa
Kita letakkan segala pengharapan hanya pada Allah
Kita sabar dengan segala ketentuan
Kita syukur atas segala kurniaan
Kita berterima kasih atas segala ujian
Kerana sahabat-sahabat
Semuanya adalah PILIHAN ALLAH..
Semuanya milik Allah..
Hati ini juga milik Allah...
Maka, didiklah ia agar sentiasa tenang dan ingat pada Allah..


YA ALLAH, kami rindu padaMu
YA ALLAH,kami dahagakan kasih sayangMU
YA ALLAH, kami dambakan pimpinanMU
YA ALLAH, kami impikan syurgaMU
YA ALLAH, kami gerun akan azabMU
YA ALLAH, kami datang dariMU
Kami juga kan kembali kepadaMU

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN

YA ALLAH,kurniakan kami rasa CINTA kepadaMU



Renungkan: Harapan PadaMU Subur Kembali

Wahai Tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan Kohar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan siksaMu

HambaMu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghaffar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu menghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Di waktu mengenang Rahman-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harus ku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya mendidik nafsuku
Yang tidak melihat kebenaran-Mu
Ya Allah Ya Tuhan ku
Bantulah hamba-Mu dalam mendidik jiwa ku ini



RASAI DAN HARGAI CINTA ALLAH, AGAR DIREZEKIKAN OLEH-NYA UNTUKMU MENCINTAI-NYA..
AMEEN YA RABBANA..INSYA-ALLAH