Thursday, April 30, 2009

Indahnya Hidup Bersama Ilahi

ALANGKAH INDAH HIDUP INI
HIDUP BERSAMA ILAHI
KEHENDAK ALLAH DIFAHAMI
PANDAI MENERIMA DARI-NYA

BIJAK MENGGUNAKAN NI’MAT-NYA
IA DIANGGAP ‘IBADAH
SEMUA DIBERI PAHALA
TARBIYYAH ALLAH BERHIKMAH

SABAR DENGAN UJIAN
TANPA HISAB AKAN DIGANJARI
NI’MAT YANG DIBERI
MEMUDAHKAN UNTUK BERBAKTI

MERASAI PEMBERIAAN-NYA
ITULAH TANDA BERSYUKUR
AKAN DITAMBAH LAGI
NI’MAT YANG DIBERI

TERSEKSA BERMUJAHADAH
KERANA INGIN MENEMPUH JALAN
UNTUK MENUJU ALLAH
TARBIYYAH YANG ALLAH TUNJUKKAN

TAWAKKAL KEPADA ILAHI
TERUTAMA MENGENAI REZEKI
TANPA RAGU-RAGU
WALAUPUN SEDIKIT
ADA JAMINAN PEMBELAAN DARI-NYA

BILA TAQWA PAKAIAN KITA
URUSAN KITA DIMUDAHKAN
KERANA KITA SUDAH MENJADI AHLILLAH
BEGITU INDAH HIDUP BERSAMA TUHAN

KORBAN HARTA KERANA ALLAH
AGAR BERDAULAT KALIMATULLAH
SETIAP SATU KEBAJIKAN
SEMUANYA AKAN DIGANDAKAN


Bingkisan Hati

MUHASABAHLAH DIRIMU.........

Andai Benar....

1) Kau katakan, kau hamba Ilahi...Tilik dan renungkan seikhlas manakah hatimu dalam mengabdi diri selaku HAMBA?

2) Kau akui bahawa kau adalah AHLI GERAKAN ISLAM...Hitung kembali, sudah cukupkah langkah kau atur untuk menggerakkan GERAKAN? Sudah tercapai ke tahap infiniti kah usahamu ke arah mentarbiyyah diri dan setiap sel, tisu, sistem dan organ yang kau miliki? Sudah kau pasti bahawa kau telah mendidik benih-benih mu agar mampu berasa TAWADUK dan TAKUT kepada DIA?

3) Kau ungkapkan bahawa perjuangan ini PAHIT permulaannya, dan manis di akhirnya..Sudah kah memadai pahit yang telah kau telan? Wajarkah kepahitan yang sedikit itu, kau minta ganjaran kemanisan yang melampau dari Tuhan yang tidak pernah berkira untuk memberi?

4) Kau tetapkan pada hati, ISLAM AGAMAMU, AMAL ISLAMI AMAL HIDUPMU, SYAHID CITA-CITA MU, SYURGA ALLAH TEMPAT KEMBALI MU...mengapa kau masih manja?mudah menangis tatkala susah yang sekecil kuman itu hinggap pada coreten hidupmu? Mengapa mudah untuk kau mengeluh tatkala kau terasa berjuang berseorangan? Mengapa kau merintih tatkala perutmu kesakitan menahan kelaparan?

5) Kau anak yang solehah, adakah memadai kau patuh pada ibubapa mu tanpa kau bawa mereka kepada kefahaman dan perubahan? Adakah mencukupi kau biarkan mereka untuk hanya menunaikan ibadah wajib, tanpa kau sulami dengan ibadah sunat, yang mampu membawa mereka lebih hampir dengan SYURGA ALLAH? Mengapa kau kurang memahami dan mengerti isi hati dan harapan mereka terhadapmu?Mengapa kau susahkan mereka dengan masalah yang kau cipta sendiri?

6) Kau adalah saudara kandung yang solehah, mengapa kau tidak berusaha sehabis daya untuk mentarbiyyah saudaramu?Mengapa kau tak buktikan pada mereka bahawa titisan air mata perjuangan sebenarnya amat berharga?

7) Kau ingin menjadi sahabat yang baik, mengapa kau tak sanggup untuk susah dan senang bersama mereka? Mengapa kau memilih dalam usahamu meluahkan rasa sayangmu?Mengapa kau mementingkan pendirianmu sedangkan pendirian sahabat, kau tolak ke tepi? Mengapa kau sukar untuk senyum, untuk memeluk, untuk mencium sahabatmu? Mengapa kau rasa kekok untuk menegur kesilapan sahabatmu, sedangkan kau tak sanggup mereka masuk ke neraka?

8) Kau pelajar serba-boleh, mengapa kau tak belajar sehabis daya? Mengapa kau lesu di kelas?Mengapa kau tak tumpukan perhatian semasa kuliah?

Rupa-rupanya masih banyak yang perlu kau perhalusi.. Kau punyai masalah dengan Tuhan, jua makhluk yang lain.. Mengapa kau takut untuk berubah demi kebaikan? Mengapa kau takut untuk menangis di dunia? Mengapa kau tak fikirkan bahawa, bukan kau sahaja yang nak masuk SYURGA, tapi kau akan bawa semua yang berada di sekitarmu. Kau takut untuk masuk neraka, tetapi mengapa kau tak sedar bahawa kecuaianmu terhadap semua makhluk di sekitarmu, BAKAL MENGHERETMU KE NERAKA ALLAH, Na’uzubiLlahiminzalik..

Ungkapan di atas bukan untuk ditenung, tapi direnung, bukan untuk dibaca, tapi diteliti, bukan untuk diperhati, tapi untuk diperhalusi. Agar mampu mengubah hati, dalam usaha mendamba redha ILAHI, buat bekalan hidup yang sedikit sahaja sisa baki, kerana pastinya kau pasti kembali,demi memenuhi janji yang telah temateri sejak azali.

Selagi masih ada masa dan waktu serta hayatmu yang semakin berkurangan saban hari, maka rebutlah peluang ini, sebelum tibanya saat kau melihat berdirinya kebengisan wajah Malaikat Maut di hadapanmu kelak. Rebut peluang ini sebelum peluang itu ditutup tatkala nafasnya hanya tinggal di halqummu

Wednesday, April 29, 2009

Peluang

AlhamduliLlah, sambil mencari maklumat untuk asaimen yang masih dalam proses menyiapkan, sempat juga singgah di blog sahabat sahabiah dan blog sendiri.

Satu persatu posting yang pernah ana publish, ana teliti. Pada saat itulah terlintas dalam fikiran, apa sebenarnya matlamat ana buat blog ni? Apa isu sebenar yang ana nak bawakan kepada masyarakat dan sebagai tambahan ilmu sendiri? Adakah hanya berkisar kepada pengalaman dan tertumpu kepada diri sendiri semata-mata ataupun lebih terjun kepada isu yang melanda ummah?

Semenjak beberapa ketika berkesempatan bergerak kerja di luar dan banyak bersama golongan remaja, pelbagai masalah yang sebelum ini banyak didiamkan atau tidak dipedulikan menerjah pendengaran dan keprihatinan hati.Sudah semestinya isu yang berkaitan dengan anak muda-mudi Islam.. AstaghfiruLlahal 'Azim, istighfar seketika di dalam hati, memikirkan apa yang boleh ana lakukan selaku insan yang mengaku dan meyakini perjuangan Islam.

Semoga kisah yang dirakamkan ini menjadi pencetus kepada kita untuk memulakan langkah, WAHAI INSAN YANG MENGAKU DIRI MEREKA DA'IE!!!

Kes 1: Remaja perempuan berusia belasan tahun, bercouple dan telah beberapa kali terlanjur.
- Keadaan keluarga yang cukup dhaif dengan ilmu Agama, ibu bapa yang tidak solat, minum arak, berjudi, dan bapanya mempunyai Isteri kedua yang beragama Kristian
-Namun yang menyayat hati ana, remaja ini sayang sangat ibunya,walaupun ibunya tak endahkan dia, bergaul sesuka hati, pulang rumah dalam keadaan mabuk setiap masa. Bila ditanyakan berkenaan ayahnya, rupanya ayah kandungnya telah meninggal dunia.
-Kehidupan yang terlalu bebas dengan teman lelakinya,menjadikan mereka sudah biasa bersekedudukan.
-Menitis air mata ana, bila bertanyakan, adik pernah pegang tangan dia? Dia pegang tangan ana, dan minta maaf. Dia bagitahu, saya sudah banyak kali terlanjur kan.
Allahu Akbar!!Jerih ana dalam hati, menitis air mata.
-Adik, jika kau tahu, kau amat berharga!!

Kes 2: Ditinggalkan ibu dan bapa sejak dari buaian
-Ibu, ke mana ibu pergi? Apa salah Ina(bukan nama sebenar)?Adakah Ina sudah susahkan ibu? Terkedu naluri seorang insan bergelar wanita meneliti bait-bait luahan rasa adik ini.
-Hidupnya yang tiada pembimbing, bapanya juga telah berkahwin lain dan meninggalkan dia bersama nenek yang sudah tua. Nenek yang sudah tidak berdaya untuk bekerja untuk sesuap nasi.
-Adik, kau lahir bukan untuk menyusahkan sesiapa, tapi kau penyeri dalam rumah tangga. Maafkan ibumu, doakan dia pulang ke pangkuanmu, meskipun dia pernah menelefonmu, dan mengatakan dia tidak akan memaafkanmu sampai bila-bila. Adik, Allah ada untukmu, mohon padanya, mohon ampun untuk ibu dan ayahmu yang telah terleka dari amanah mereka terhadapmu.
Kes 3: Ibunya membanting tulang selepas diceraikan suami
-Ibu kerja di KL kak. Ibu berniaga, sampai pukul 3 pagi ibu kerja, mesti ibu penat. Setiap bulan ibu akan hantar RM 250 untuk saya empat beradik dan nenek.
- Saya rindukan keluarga saya yang dulu kak. Saya cemburu tengok kawan-kawan lain, akan dijemput ayah mereka bila pulang dari sekolah. Tapi, ayah saya??? Gertak hati seorang anak yang telah masih dahagakan kasih sayang seorang ayah.
-Ibu pernah pulang?
-Tidak kak, ibu sibuk kak
-Dik, doakan agar ayah dalam peliharaan Allah, agar dia kembali melangsaikan amanah yang belum dia laksanakan. Doakan juga ibu diberi kekuatan olah Nya
-Satu harapan ana, agar rezeki itu dalah dari sumber yang halal. Insya-Allah
Kes 4 : Seorang remaja wanita yang dirogol oleh bakal abang iparnya
- Kak, saya nak kembali "benda" tu. " Benda" tu bukan untuk si jahanam tu, tapi untuk bakal suami saya nanti. Kenapa dia perlakukan saya sebegini, sedangkan dia juga memiliki adik perempuan sebaya dengan saya. Dia taka terasakah, yang dia ibarat merogol adiknya sendiri?
Saya merasakan diri saya hina. Saya tak layak untuk siapa-siapa kak. Masihkah ada insan yang ingin jadikan saya isteri kak?
-Dik, Allah kurniakan manusia dengan akal dan nafsu. Bila letak nafsu di depan, maka hilanglah fungsi akal. Adik, bersyukurlah pada Allah. Adik masih bertuah. Ramai mangsa rogol lain yang dah tak berpeluang melihat dunia, mereka bukan sahaja di rogol, malah diperlakukan lebih daripada haiwan. Mereka dibunuh, dikelar dan sebagainya.
-Dik, apa yang ada pada kita, semua adalah milik mutlak Allah, Dia pinjamkan pada kita. Adat kita meminjam barang, bila Tuan punya barang nak barangnya kembali, maka kita tiada hak untuk tidak memberinya. Namun,Tuan punya itu sebenarnya nak gantikan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Insya-Allah
-Dik, yakinlah, dan mohonlah dari Allah, adik bakal dikurniakan seorang muslimin yang soleh untuk menjadi suami adik dan dia akan terima adik seadanya. Muslimin yang soleh, akan mensyukuri segalan ni'mat dan kurniaan Allah padanya. Alangkah mulianya akhlak mereka. Mereka juga seharusnya bersyukur bahawa, isterinya telah bertaubat dan telah berusaha menjadi muslimah yang lebih baik.
Demikianlah beberapa kisah yang boleh ana kongsikan kepada sahabiah sekalian. Ayuh, para mujahidin, atur langkah kita, terjun ke lapangan ummah, selongkar dan amati permasalahan mereka. Sama-sama kita sirami dengan air dan baja iman yang bukan sahaja menyuburkan, malah menyegarkan.
Buat adik- adik yang akan kasihi kerana Allah
Bersabarlah dan berlapang dadalah dengan ujian Allah terhadapmu. Allah ada sebab dan tujuanNya. Akak juga mempunyai kisah sendiri, yang suatu ketika dahulu, akak merasakan tidak mampu bangun dan tidak ingin meneruskan hidup ini lagi. Namu adik-adik, satu perkara yang akan letakkan dalam minda dan hati, Akak bersyukur kepada Allah atas ujian itu.. Kerana dengan ujian itulah kita mampu sampai ke tahap ini pada hari ini, dan kita berusaha menjadi lebih baik. Cuba lihat pada kanak-kanak yang baru mula untuk bertatih. Dek kaki yang belum cukup kuat untuk melangkah, dia pasti akan jatuh beberapa kali. Tapi, dia tetap bangun, meneruskan langkah, sehinggalah dia berjaya untuk berlari. Begitulah dengan kehidupan kita.
Semoga perkongsian ini, menjadi bait-bait pertama kepada perkongsian akan datang. Insya-Allah

Thursday, April 23, 2009

Harapan dan Impian

Minggu ini, rata-rata tengah bergelut dengan soalan peperiksaan akhir masing-masing..Tak dapat tidur malam rasanya, memikirkan apalah soalan yang akan diajukan.. Dapat kah skor A ni? Aiyaa..pening maa..

Jika minggu ini minggu exam, ana juga sedang menghitung hari untuk ke KRIS PAPAR, tanggal 24 hingga 26 April ni..Apa ya bekalan diri yang perlu dipersiapkan, dari sudut ilmu yang ingin diberikan kepada adik-adik. Mohon Allah permudahkan segala urusan Insya-Allah.

Tinggal 2 paper je lagi, AlhamduliLlah..7 Mei nanti, bermulalah perjalanan pulang ke bumi kelahiran. Tak sabar nak jumpa keluarga, mendengarkan kepetahan adik berkata-kata dan mengira dalam bahasa Arab, terasa macam dah lama tak balik rumah. Ditambah pula dengan urusan adik yang akan memasuki matrikulasi Perak nanti, terasa terpikul tanggungjawab seoarang kakak untuk ketemukan dia dengan USRAH dan JEMAAH,Insya-Allah.. Satu harapan dan impian yang ingin ku capai..Lahirnya penggerak jihad muslimin sulong dalam keluarku, ALLAHU AKBAR!!

Seorang sahabat kawasan mesej,bertanyakan kepulanganku ke Kelantan cuti nanti. Katanya ada program kawasan. Kalau ikutkan, abah dah letak syarat, balik ni duk rumah, jangan keluar ke hulu ke hilir berprogram je.. Ni lah masa nak bersama keluarga.. Hemmm.. Betul kata abah, tapi abah mesti faham anak die sorang ni, tak leh duk diam, ada je program hujung minggu..Doakan dipermudahkan urusan dan dilembutkan hati abah..Agar redha Allah dan redah Ummi dan Abah mengiringi gerak kerja K.Yong.. Satu lagi harapan dan impianku agar abah faham perjuanganku dan redha akan ku. Izinkan ana menjadi anak solehah.

Beberapa hari yang lepas, ana berpeluang berbincang dengan supervisor berkaitan proposal. Diselitkan juga perbincangan mengenai Master. Dia menawarkan ana untuk ambil master di bawahnya. AlhamduliLlah..Permudahkanlah untukku ya Allah.. Impian abah yang masih belum ana mulakan lagi, ingin melihat anaknya yang bernama Nik Nurulsyuhada' bergelar seorang pensyarah.. Semoga Allah rezekikan ana untuk menjadi pensyarah di UMS,Kampus Sandakan..Insya-Allah, kerana ada agenda yang lebih besar untuk ana atur di sana.

Setelah melakukan istikharah, maka ana memilih Sabah negeri "perladangan" ana, sebelum ada panggilan pulang ke kelantan. Hati telah tertaut dengan indahnya topografi dan insan-insan di sini.. Doa semoga Allah permudahkan dan murahkan rezeki ana di sini.. Sahabat- sahabiah yang ana sayangi, doakan ana agar dapat bergerak kerja bersama kalian. Kita jadikan sabah ini, bukan sahaja indah dengan panorama Gunung Kinabalunya semata, tapi indahnya tatkala melihat insan-insan di dalam negeri ini, mengenal indahnya Islam,Ameen..Doakan ana mendapat restu ummi dan abah ana..Insya-Allah..Satu lagi impian dalam jangka masa terdekat yang ana cuba usahakan sekarang.. Meskipun belum cukup memahami bahasa dan budaya di sini, namun dengan belajar itu, adalah langkah yang terbaik.. Insya-Allah

Ya Allah, permudahkan urusanku menggapai redhaMu..
Ya Allah, ringankan langkahku dengan seruan jihad yang bertalu-talu..
Ya Allah, redhakan perjuanganku..
Ya Allah, Tuhan yang berkuasa atas hati sekalian makhluk..
Tetapkan dan istiqamahkan hati ini..
Agar qasad nya teguh, demi perjuangan syiarMu..
Lembutkan hati ummi abahku..
Agar mereka redha dengan gerak kerjaku...
Ameen Ya Rabbal 'Alamin
Ya Allah, Aku bertawakkal kepadaMU
Hanya padaMu aku menyerah diri
Hanya PadaMU aku memohon pertolongan dan keampunan
Insya-Allah
Ameen

Sunday, April 5, 2009

Didik Benih-benih Kita Dari Sekarang

BACA DENGAN HATI YANG TENANG, DAN CUBALAH FAHAMI ISI HATIKU.....

MULAKAN DENGAN BISMILLAH....

Sahabiah dan sahabat yang dikasihi kerana Allah Sekalian,

Sedikit perkongsian buat semua,

Andai kita inginkan anak-anak dan zuriat-zuriat kita menjadi anak yang soleh dan solehah, maka semestinya ia bermula dari kita. Didiklah mereka sekarang, sebelum mereka hadir menjelajah dunia. Jika hari ini kita gembira melakukan maksiat, cuba rasakan bahawa benih-benih itu tengah memerhatikan kita. Akan menjadikan kita contoh mereka.

Tetapi jika benih-benih ini dibentuk dan ditarbiyyah dengan amal Islami, dengan akhlak Islam, maka ambillah analogi ini. Jika acuan kuih itu berbentuk segi empat, kuih yang akan terhasil juga berbentuk yang sama. Tidak akan berbentuk heksagon, jauh sekali berbentuk oktagon.

Sedikit perkongsian bersama,
Pengalaman dan kesilapan diri telah banyak mengajar kita semua. Terlalu banyak amalan kejahilan yang dilakukan suatu ketika dahulu. Bila mengenangkan kembali, bagaimanalah dengan zuriat ana nanti, maka ada sedikit petua dan amalan yang ana amalkan.

Setiap kali selepas solat, ana cuba bercakap dengan rahim ana, sebagaimana seorang ibu yang mengandung bercakap dengan bayi dalam kandungannya.

Sambil beristighfar dan berzikir, ana letakkan tangan di perut, dan ana bercakap dalam hati dengan benih-benih yang bakal lahir menjadi zuriat ana kelak..

" Anak-anak ummi, dengar apa ummi nak sampaikan. Ummi sayang kamu semua, maafkan ummi jika dulu ummi bawa kamu memerhatikan sesuatu yang haram, mendengar sesuatu yang melalaikan, melangkah ke tempat yang kotor. Dulu ummi tidak endahkan kamu, namun bila ummi jenguk kembali diri ummi, kamu lah harta yang bakal ummi infaqkan untuk Islam. Anak-anak ummi mesti jadi hamba Allah yang soleh dan solehah. Anak-anak ummi mesti lebih hebat dari ummi dan abi dalam gerak kerja. Ummi redha anak-anak ummi bergelar syuhada'. Anak-anak ummi perlu jadi insan yang jauh lebih baik dari ummi. Kamu semua anak ummi, pasakkan keyakinan wahai anak-anakku, biarkan hidup dan matimu dalam perjuangan ini. Jadilah mata rantai yang menyambung gerak kerja ummi, abi dan pejuang Islam yang lain. Jangan jadi anak derhaka, jangan jadi hamba yang kufur, kerana neraka itu seksa anak-anakku. Ummi ingin kamu semua tahu, Ummi tak sabar untuk menyambut kehadiran kamu nanti."

Ya Allah, andai dulu langkah aku tersasar jauh dari petunjukMu, maka Ya Allah, kembalikanlah aku kepada jalanMu yang sebenar. Ya Allah, kurniakan aku suami yang soleh, suami yang tegas, suami yang tetap pendiriannya, suami yang tegas dengan pegangan AgamaMu, suami yang berjuang di jalanMU, suami yang tidurnya tidak pernah nyenyak memikirkan masalah ummah dan kurniakanlah aku zuriat yang bakal menyambung perjuangan ini. Ya Allah, rezekikan kepadaku untuk menjadi hambaMU yang solehah, anak yang solehah, saudara kandung yang solehah,pelajar yang solehah, isteri yang solehah, ummi yang solehah kepada anak-anak yang soleh dan solehah. Ya Allah, sesungguhnya aku tiada daya, melainkan dengan pertolonganMU. Jadikan aku isteri yang menjadi sayap kiri perjuangan suami, isteri yang redha ditinggalkan ketika suami keluar untuk gerak kerja Islam, kurniakanlah kepada ku hati yang cekal dan tabah Ya Allah..Aku mohon pada Mu Ya Allah..Aku mohon padaMU..Aku sedar siapalah diri ini untuk meminta sebanyak ini dariMu, benar Ya Allah, maluNya aku Ya Allah. Namun Ya Allah, aku yakin, Kau Maha Memahami, Kau tahu apa yang terbaik untukku. Ya Allah, Aku bertawakkal kepadaMu. Ya Allah, aku redha dengan segala keputusanMu terhadapku. Dan Aku mohon, jadikanlah keputusan itu, membawa aku kepada hidayahMU. INSYA-ALLAH..AMEEN


Sahabiah generasiku sekalian,
HARAPANKU buat kamu semua,
Ayuh sahabiah-sahabiahku,
Kita gembeleng kembali tenaga kita,
Kita bawa kembali memori gerak kerja kita dahulu,
Tangkasnya langkah kita atur untuk gerak kerja Islam,
Tapi sahabiahku,
Itu suatu ketika dahulu..
Mengapa sekarang,
Ana dan antunna lesu?
Kenapa susah untuk kita turun Qiam Jama'ie?
Kenapa sukar untuk kita turun usrah?
Kenapa sukar untuk kita korbankan sesuap nasi kita untuk beri pada yg memerlukan?
Kenapa sukarnya kita nak korbankan masa untuk gerak kerja Islam?
Kenapa kita asyik beralasan?
Kenapa kita biarkan yang lain menanggung kerja kita?
Kenapa? Kenapa?
Ayuh sahabiahku, ayuh!!!
Ana sayang antunna semua.
Jangan lesu sahabiahku.
Ana perlukan antunna
Pimpinan perlukan antunna
Bangun!!!
Jangan asyik dengan "buaian dunia" yang sentiasa mendodoi
JANGAN!!! ANTUNNA AKAN RUGI!!! RUGI UMUR, RUGI MASA. RUGI!!!
Persiapkan diri untuk gerak kerja di luar sana
Persiapkan diri untuk jadi isteri pejuang
Persiapkan diri untuk jadi ibu pejuang
Persiapkan diri untuk bergelar SYUHADA'

Ayuh!!!