Wednesday, April 29, 2009

Peluang

AlhamduliLlah, sambil mencari maklumat untuk asaimen yang masih dalam proses menyiapkan, sempat juga singgah di blog sahabat sahabiah dan blog sendiri.

Satu persatu posting yang pernah ana publish, ana teliti. Pada saat itulah terlintas dalam fikiran, apa sebenarnya matlamat ana buat blog ni? Apa isu sebenar yang ana nak bawakan kepada masyarakat dan sebagai tambahan ilmu sendiri? Adakah hanya berkisar kepada pengalaman dan tertumpu kepada diri sendiri semata-mata ataupun lebih terjun kepada isu yang melanda ummah?

Semenjak beberapa ketika berkesempatan bergerak kerja di luar dan banyak bersama golongan remaja, pelbagai masalah yang sebelum ini banyak didiamkan atau tidak dipedulikan menerjah pendengaran dan keprihatinan hati.Sudah semestinya isu yang berkaitan dengan anak muda-mudi Islam.. AstaghfiruLlahal 'Azim, istighfar seketika di dalam hati, memikirkan apa yang boleh ana lakukan selaku insan yang mengaku dan meyakini perjuangan Islam.

Semoga kisah yang dirakamkan ini menjadi pencetus kepada kita untuk memulakan langkah, WAHAI INSAN YANG MENGAKU DIRI MEREKA DA'IE!!!

Kes 1: Remaja perempuan berusia belasan tahun, bercouple dan telah beberapa kali terlanjur.
- Keadaan keluarga yang cukup dhaif dengan ilmu Agama, ibu bapa yang tidak solat, minum arak, berjudi, dan bapanya mempunyai Isteri kedua yang beragama Kristian
-Namun yang menyayat hati ana, remaja ini sayang sangat ibunya,walaupun ibunya tak endahkan dia, bergaul sesuka hati, pulang rumah dalam keadaan mabuk setiap masa. Bila ditanyakan berkenaan ayahnya, rupanya ayah kandungnya telah meninggal dunia.
-Kehidupan yang terlalu bebas dengan teman lelakinya,menjadikan mereka sudah biasa bersekedudukan.
-Menitis air mata ana, bila bertanyakan, adik pernah pegang tangan dia? Dia pegang tangan ana, dan minta maaf. Dia bagitahu, saya sudah banyak kali terlanjur kan.
Allahu Akbar!!Jerih ana dalam hati, menitis air mata.
-Adik, jika kau tahu, kau amat berharga!!

Kes 2: Ditinggalkan ibu dan bapa sejak dari buaian
-Ibu, ke mana ibu pergi? Apa salah Ina(bukan nama sebenar)?Adakah Ina sudah susahkan ibu? Terkedu naluri seorang insan bergelar wanita meneliti bait-bait luahan rasa adik ini.
-Hidupnya yang tiada pembimbing, bapanya juga telah berkahwin lain dan meninggalkan dia bersama nenek yang sudah tua. Nenek yang sudah tidak berdaya untuk bekerja untuk sesuap nasi.
-Adik, kau lahir bukan untuk menyusahkan sesiapa, tapi kau penyeri dalam rumah tangga. Maafkan ibumu, doakan dia pulang ke pangkuanmu, meskipun dia pernah menelefonmu, dan mengatakan dia tidak akan memaafkanmu sampai bila-bila. Adik, Allah ada untukmu, mohon padanya, mohon ampun untuk ibu dan ayahmu yang telah terleka dari amanah mereka terhadapmu.
Kes 3: Ibunya membanting tulang selepas diceraikan suami
-Ibu kerja di KL kak. Ibu berniaga, sampai pukul 3 pagi ibu kerja, mesti ibu penat. Setiap bulan ibu akan hantar RM 250 untuk saya empat beradik dan nenek.
- Saya rindukan keluarga saya yang dulu kak. Saya cemburu tengok kawan-kawan lain, akan dijemput ayah mereka bila pulang dari sekolah. Tapi, ayah saya??? Gertak hati seorang anak yang telah masih dahagakan kasih sayang seorang ayah.
-Ibu pernah pulang?
-Tidak kak, ibu sibuk kak
-Dik, doakan agar ayah dalam peliharaan Allah, agar dia kembali melangsaikan amanah yang belum dia laksanakan. Doakan juga ibu diberi kekuatan olah Nya
-Satu harapan ana, agar rezeki itu dalah dari sumber yang halal. Insya-Allah
Kes 4 : Seorang remaja wanita yang dirogol oleh bakal abang iparnya
- Kak, saya nak kembali "benda" tu. " Benda" tu bukan untuk si jahanam tu, tapi untuk bakal suami saya nanti. Kenapa dia perlakukan saya sebegini, sedangkan dia juga memiliki adik perempuan sebaya dengan saya. Dia taka terasakah, yang dia ibarat merogol adiknya sendiri?
Saya merasakan diri saya hina. Saya tak layak untuk siapa-siapa kak. Masihkah ada insan yang ingin jadikan saya isteri kak?
-Dik, Allah kurniakan manusia dengan akal dan nafsu. Bila letak nafsu di depan, maka hilanglah fungsi akal. Adik, bersyukurlah pada Allah. Adik masih bertuah. Ramai mangsa rogol lain yang dah tak berpeluang melihat dunia, mereka bukan sahaja di rogol, malah diperlakukan lebih daripada haiwan. Mereka dibunuh, dikelar dan sebagainya.
-Dik, apa yang ada pada kita, semua adalah milik mutlak Allah, Dia pinjamkan pada kita. Adat kita meminjam barang, bila Tuan punya barang nak barangnya kembali, maka kita tiada hak untuk tidak memberinya. Namun,Tuan punya itu sebenarnya nak gantikan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Insya-Allah
-Dik, yakinlah, dan mohonlah dari Allah, adik bakal dikurniakan seorang muslimin yang soleh untuk menjadi suami adik dan dia akan terima adik seadanya. Muslimin yang soleh, akan mensyukuri segalan ni'mat dan kurniaan Allah padanya. Alangkah mulianya akhlak mereka. Mereka juga seharusnya bersyukur bahawa, isterinya telah bertaubat dan telah berusaha menjadi muslimah yang lebih baik.
Demikianlah beberapa kisah yang boleh ana kongsikan kepada sahabiah sekalian. Ayuh, para mujahidin, atur langkah kita, terjun ke lapangan ummah, selongkar dan amati permasalahan mereka. Sama-sama kita sirami dengan air dan baja iman yang bukan sahaja menyuburkan, malah menyegarkan.
Buat adik- adik yang akan kasihi kerana Allah
Bersabarlah dan berlapang dadalah dengan ujian Allah terhadapmu. Allah ada sebab dan tujuanNya. Akak juga mempunyai kisah sendiri, yang suatu ketika dahulu, akak merasakan tidak mampu bangun dan tidak ingin meneruskan hidup ini lagi. Namu adik-adik, satu perkara yang akan letakkan dalam minda dan hati, Akak bersyukur kepada Allah atas ujian itu.. Kerana dengan ujian itulah kita mampu sampai ke tahap ini pada hari ini, dan kita berusaha menjadi lebih baik. Cuba lihat pada kanak-kanak yang baru mula untuk bertatih. Dek kaki yang belum cukup kuat untuk melangkah, dia pasti akan jatuh beberapa kali. Tapi, dia tetap bangun, meneruskan langkah, sehinggalah dia berjaya untuk berlari. Begitulah dengan kehidupan kita.
Semoga perkongsian ini, menjadi bait-bait pertama kepada perkongsian akan datang. Insya-Allah

No comments: