Sunday, January 24, 2010

Syuhada' Kembali

Syukur setinggi-tinggi nya kpd Allah..masih lagi memberi peluang dan ruang kpd syuhada' untuk mencoretkan sesuatu sebagai luahan rasa dan cetusan minda agar dapat sama-sama kita ambil pengajaran dan melontarkan sedikit pendapat...


Sudah beberapa hari hati ni sedih, tapi mata tak mampu mengalirkan titisan-titisan kepiluan..Tertanya pada diri, mengapa jadi begini? Adakah kerana kelalaian diri, atau kesilapan langkah dalam hari-hari yang telah berlalu?

YA ALLAH...alangkah besarnya ni'mat air mata itu..kerana di situ syuhada' mengenal indahnya rasa ketenangan hati..Teguhnya tangan menadah ke langit, beserta esakan yang sayup-sayup mengiringi do'a..Syuhada' rindukan saat air mata ini mengalir laju..Kerana pada saat itu, terasanya kasih-sayang dan redha dgn segala ketentuanMu...

YA ALLAH, berikan syuhada' kekuatan...Permudahkan segala urusan Syuhada' demi redha-Mu...

No comments: