Sunday, April 5, 2009

Didik Benih-benih Kita Dari Sekarang

BACA DENGAN HATI YANG TENANG, DAN CUBALAH FAHAMI ISI HATIKU.....

MULAKAN DENGAN BISMILLAH....

Sahabiah dan sahabat yang dikasihi kerana Allah Sekalian,

Sedikit perkongsian buat semua,

Andai kita inginkan anak-anak dan zuriat-zuriat kita menjadi anak yang soleh dan solehah, maka semestinya ia bermula dari kita. Didiklah mereka sekarang, sebelum mereka hadir menjelajah dunia. Jika hari ini kita gembira melakukan maksiat, cuba rasakan bahawa benih-benih itu tengah memerhatikan kita. Akan menjadikan kita contoh mereka.

Tetapi jika benih-benih ini dibentuk dan ditarbiyyah dengan amal Islami, dengan akhlak Islam, maka ambillah analogi ini. Jika acuan kuih itu berbentuk segi empat, kuih yang akan terhasil juga berbentuk yang sama. Tidak akan berbentuk heksagon, jauh sekali berbentuk oktagon.

Sedikit perkongsian bersama,
Pengalaman dan kesilapan diri telah banyak mengajar kita semua. Terlalu banyak amalan kejahilan yang dilakukan suatu ketika dahulu. Bila mengenangkan kembali, bagaimanalah dengan zuriat ana nanti, maka ada sedikit petua dan amalan yang ana amalkan.

Setiap kali selepas solat, ana cuba bercakap dengan rahim ana, sebagaimana seorang ibu yang mengandung bercakap dengan bayi dalam kandungannya.

Sambil beristighfar dan berzikir, ana letakkan tangan di perut, dan ana bercakap dalam hati dengan benih-benih yang bakal lahir menjadi zuriat ana kelak..

" Anak-anak ummi, dengar apa ummi nak sampaikan. Ummi sayang kamu semua, maafkan ummi jika dulu ummi bawa kamu memerhatikan sesuatu yang haram, mendengar sesuatu yang melalaikan, melangkah ke tempat yang kotor. Dulu ummi tidak endahkan kamu, namun bila ummi jenguk kembali diri ummi, kamu lah harta yang bakal ummi infaqkan untuk Islam. Anak-anak ummi mesti jadi hamba Allah yang soleh dan solehah. Anak-anak ummi mesti lebih hebat dari ummi dan abi dalam gerak kerja. Ummi redha anak-anak ummi bergelar syuhada'. Anak-anak ummi perlu jadi insan yang jauh lebih baik dari ummi. Kamu semua anak ummi, pasakkan keyakinan wahai anak-anakku, biarkan hidup dan matimu dalam perjuangan ini. Jadilah mata rantai yang menyambung gerak kerja ummi, abi dan pejuang Islam yang lain. Jangan jadi anak derhaka, jangan jadi hamba yang kufur, kerana neraka itu seksa anak-anakku. Ummi ingin kamu semua tahu, Ummi tak sabar untuk menyambut kehadiran kamu nanti."

Ya Allah, andai dulu langkah aku tersasar jauh dari petunjukMu, maka Ya Allah, kembalikanlah aku kepada jalanMu yang sebenar. Ya Allah, kurniakan aku suami yang soleh, suami yang tegas, suami yang tetap pendiriannya, suami yang tegas dengan pegangan AgamaMu, suami yang berjuang di jalanMU, suami yang tidurnya tidak pernah nyenyak memikirkan masalah ummah dan kurniakanlah aku zuriat yang bakal menyambung perjuangan ini. Ya Allah, rezekikan kepadaku untuk menjadi hambaMU yang solehah, anak yang solehah, saudara kandung yang solehah,pelajar yang solehah, isteri yang solehah, ummi yang solehah kepada anak-anak yang soleh dan solehah. Ya Allah, sesungguhnya aku tiada daya, melainkan dengan pertolonganMU. Jadikan aku isteri yang menjadi sayap kiri perjuangan suami, isteri yang redha ditinggalkan ketika suami keluar untuk gerak kerja Islam, kurniakanlah kepada ku hati yang cekal dan tabah Ya Allah..Aku mohon pada Mu Ya Allah..Aku mohon padaMU..Aku sedar siapalah diri ini untuk meminta sebanyak ini dariMu, benar Ya Allah, maluNya aku Ya Allah. Namun Ya Allah, aku yakin, Kau Maha Memahami, Kau tahu apa yang terbaik untukku. Ya Allah, Aku bertawakkal kepadaMu. Ya Allah, aku redha dengan segala keputusanMu terhadapku. Dan Aku mohon, jadikanlah keputusan itu, membawa aku kepada hidayahMU. INSYA-ALLAH..AMEEN


Sahabiah generasiku sekalian,
HARAPANKU buat kamu semua,
Ayuh sahabiah-sahabiahku,
Kita gembeleng kembali tenaga kita,
Kita bawa kembali memori gerak kerja kita dahulu,
Tangkasnya langkah kita atur untuk gerak kerja Islam,
Tapi sahabiahku,
Itu suatu ketika dahulu..
Mengapa sekarang,
Ana dan antunna lesu?
Kenapa susah untuk kita turun Qiam Jama'ie?
Kenapa sukar untuk kita turun usrah?
Kenapa sukar untuk kita korbankan sesuap nasi kita untuk beri pada yg memerlukan?
Kenapa sukarnya kita nak korbankan masa untuk gerak kerja Islam?
Kenapa kita asyik beralasan?
Kenapa kita biarkan yang lain menanggung kerja kita?
Kenapa? Kenapa?
Ayuh sahabiahku, ayuh!!!
Ana sayang antunna semua.
Jangan lesu sahabiahku.
Ana perlukan antunna
Pimpinan perlukan antunna
Bangun!!!
Jangan asyik dengan "buaian dunia" yang sentiasa mendodoi
JANGAN!!! ANTUNNA AKAN RUGI!!! RUGI UMUR, RUGI MASA. RUGI!!!
Persiapkan diri untuk gerak kerja di luar sana
Persiapkan diri untuk jadi isteri pejuang
Persiapkan diri untuk jadi ibu pejuang
Persiapkan diri untuk bergelar SYUHADA'

Ayuh!!!

2 comments:

littlekhalifa said...

menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam


lain kali liqa' tahun akhir kena mai..

Nik Nurulsyuhada' Binti Ismail said...

syukran littlekhalifa..insya-Allah, sem depan bermulalah tahun ke empat bg ana d ums ni...insya-Allah, akan diusahakan liqa' itu