Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, October 30, 2009

Selamat Buat Semua

Selamat menempuh Peperiksaan Akhir Semester buat Adik-adik Usrah (Are-da, Suhaimah, Masnah, Fatwa, Izah, Yanti dan Adah), Sahabat-sahabiah, Coursemate, K.long, K.chik, Abang Nik, K.teh (SPM)..Ma'annajah Fil Imtihan..Semoga Allah memberi kemudahan dalam setiap urusan..

Juga buat sahabat atau sahabiah yang bakal melangkah ke alam rumah tangga, diucapkan agar segala persiapan ke arah itu dipermudahkan Allah..Semoga alam rumah tangga yang bakal dibina lebih mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T..Ameen

[+] Baca Lagi

Thursday, October 22, 2009

BILA SANG HATI BERKATA-KATA PASTI SANG MATA KAN MENGALIRKAN MUTIARA…

Kurebahkan keakuan yang terpaksi

Meredakan kekalutan dalam diri

Tuhan, ganjarkan upaya untukku menyusuri jalanMU

Agar tak tersasar haluan kiblatku, Ya Tuhan


Tuhan…

KUDAMBAKAN KASIH-MU

Rahmatilah hidupku

HAMPARKAN CINTA-MU BUATKU, YA TUHAN


KURINDUKAN SAYANG-MU

Redhailah diriku

Disitulah letaknya syurga untuk ku, Ya Tuhan


Hanya Engkau tempatku mengadu

Dengarkanlah sendu rayuku

Tiada aku TANPA-MU Ya Tuhan

BERKATI HIDUPKU DI DUNIA DAN AKHIRAT


Siapalah diriku di hadapan kudrat-MU

Insan yang tidak berdaya, Ya Tuhan

Ku puhonkan dari-MU

Perkenankan do’aku

Ampunilah dosa hamba-MU, Ya Tuhan


Hingga sampai waktuku berundur

Kesaksian tetap dijunjung

HIDUP MATI, kerana-MU Ya Tuhan

Limpahan Maghfirah yang amatku harapkan


Ya Allah…

Aku serahkan segala urusan hidup dan matiku

Dalam kekuasaan-MU

Aku redha dengan segala ketentuan-MU, Ya Tuhan

[+] Baca Lagi

Wednesday, October 21, 2009

Taubat- Mawaddah


Tuhan...
Terimalah taubatku yang tidak sempurna
Ia serba kekurangan
Dan banyak cacat celanya
Tapi apakan daya
Ini yang mampuku persembahkan
KepadaMU

Telahku cuba sepenuh hati
Tapi masih tidak mampu sempurna
Aku harap dengan rahmatMU
Terimalah jua taubatku


Aku tetap tidak jemu
Ku teruskan walau tidak meningkat
Aku tetap istiqamah

Kasihanilah aku Wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini
PengampunanMu yang ku harapkan
Siapalah lagi yang akan membelaku
Kalau Engkau tidak membelanya

Aku kan hambaMu jua
Aku ciptaanMu juga
Kalau Engkau selamatkan
Engkau tidak akan rugi
KebesaranMu akan tetap sempurna
Ampunilah Wahai Tuhan
Segala dosaku


Ampunilah Wahai Tuhan
Segala dosaku
Ampunilah Wahai Tuhan
Segala dosaku

[+] Baca Lagi

Tuesday, September 29, 2009

Rintihan Kalbu

Hari ini....
Tiada senda dalam bicara..
Deru air mata merupakan segalanya...
Sang hati bicara sendiri...
Bangunkan Ummah bina generasi...
Di bumi yang bertuah ini...
Diriku mula mengenali...
Matlamat hidup sebagai 'abdi...
Kepada Allah..Allahu Rabbi..
Diriku kini sebebas unggas..
Terbang bebas di angkasa raya...
Menyanyi merdu irama kalbu..
Indahnya..indahnya..oh ndahnya..
Wahai generasi...
Dengarlah pesanan ini...
Bumi ini bumi bertuah...
Suburnya sesubur tanaman di lembah...
Melahirkan insan berjiwa tabah..
Kutiplah mutiara-mutiara indah..
Untuk bekalan diri berpindah..
Sebelum jejak kaki melangkah..
Sebelum penyesalan membawa padah...
Sahabat seperjuangan..
Usah digentar musuh di hadapan..
Pandanglah di depan balasan Tuhan..
Syurga Firdaus menanti kalian...
Teruskan..teruskan...
Perjuangan menegak kebenaran...
Di dalam kebungkaman akhir zaman..
Selagi hayat dikandung badan...
Wahai teman seperjuangan...
Dengarlah harapanku ini..
Pohon untukku dalam doamu..
Diriku pejuang Islam Yang Satu

[+] Baca Lagi

Monday, August 3, 2009

Ya Allah


Ya Allah,
Istiqamahkan hati dan langkah kami
Ya Allah,
Berikan kekuatan kepada kami
Ya Allah,
Hindari kami dari rasa malas dan berputus asa
Ya Allah,
Yakinkan kami bahawa pulangnya kami bertemu dengan Mu
Ya Allah,
Murahkanlah rezeki kami
Ya Allah,
Permudahkan urusan kami
Demi redha dan keampunanMu semata
Ya Allah
Hidupkan kami dengan Iman
Matikan kami dengan Iman
Masukkan kami ke syurga dengan Iman
Keluarkan kami dari dunia dengan Iman
Ya Allah
Ampuni kami
Ya Allah
Kurniakan kebaikan kepada kami
Jauhkan kami dari kemurkaanMu dan keburukan dunia
Ya Allah
Ikat hati kami dengan rasa cinta dan kasih keranaMu
Kukuhkan ikatan ukhuwwah kami
Berkati kami, berkati kami Ya Allah

Ya Allah, Syuhada mohon buat diri, keluarga, sahabat sahabiah serta seluruh hambaMu

Ameen Ya Rabbal 'Alamin


[+] Baca Lagi

Thursday, July 30, 2009

Surah Asy-Syura: Ayat 13

Firman Allah SWT:

Maksudnya:" Dia (Allah) telah MENSYARIATKAN KEPADAMU AGAMA yang
telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh, dan apa yang diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan apa yang telah diwasiatkan kepada Ibrahim, Isa dan Musa, iaitu TEGAKKANLAH AGAMA dengan KEIMANAN DAN KETAQWAAN dan JANGANLAH kamu BERPECAH-BELAH di dalamnya. Sesungguhnya, SANGAT BERAT bagi orang MUSYRIK untuk mengikuti agama yang kamu bawakan kepada mereka. ALLAH MEMILIH ORANG YANG DIA KEHENDAKI KEPADA AGAMA TAUHID dan MEMBERI PETUNJUK kepada AGAMA-Nya bagi ORANG YANG KEMBALI (kepada-Nya)


[+] Baca Lagi

Wednesday, July 29, 2009

UMS dan FFM..WAJARKAH BERSATU??


JANGAN TENGOK DGN MATA ZAHIR SEMATA,

TAPI

TENGOK DENGAN MATA HATI!!


KATAKAN TAK MAHU,

TAK NAK,

TAK INGIN, TAK RELA


FFM DI UMS!!!!!!


[+] Baca Lagi

Tuesday, July 28, 2009

Dialog Nabi Adam dan Iblis dengan Allah SWT

Renungkan lah olehMU wahai HAMBA ALLAH SWT.. Dan Kau akan sedari bahawa janji Allah adalah benar, tipu daya Syaitan juga benar, Syurga itu benar, seksa neraka itu juga benar, dunia sebagai persinggahan dan tipu daya itu benar, Akhirat yang bakal mendatangi kita juga benar.. Renung dan ambil iktibar..

Iblis berkata:” Ya Tuhanku, keluarkan aku kerana Adam. Aku tidak kuasa ke atasnya, kecuali dengan penguasaan-MU”

Allah berkata “ Engkau Aku kuasakan ke atasnya. Yakni atas anak cucunya”. Kerana Nabi selamat daripada Iblis

Iblis berkata: “ Berilah aku kuasa lagi”

Allah berkata: “ Setiap ia beranak, kau juga beranak”


Iblis memohon lagi: “ Berilah aku lagi”

Allah berkata: “ Jeratlah mereka dengan tipu daya. Temani mereka dengan harta dan anak. Sesatkan mereka dengan agama dan perbuatan yang batil. Perbuatlah sehendakmu”

Lalu Adam berkata: “ Ya Tuhanku, Engkau telah berikan kuasa kpd Iblis kepada anak cucuku, maka aku tidak boleh menghalanginya kecuali dengan pertolonganMu”

Allah berkata “ Setiap Umatmu akan dijaga oleh Malaikat”

Adam memohon lagi “ Tambahilah Aku”

Allah berkata “ Setiap kebaikan yang dilakukan diberi pahala 10 kali ganda”

Adam berkata lagi “ Tambahilah Aku”

Allah berkata “ Aku terima taubat mereka selama mereka masih hidup”


Adam berkata lagi “ Tambahilah Aku lagi Ya Allah”

Allah berkata lagi “ Aku ampuni mereka dan aku tidak mengira segala dosa yang dilakukan”

Adam berkata lagi “ Baiklah, aku telah berasa senang sekarang

Kemudian, Iblis berkata, “ Ya Tuhanku, Engkau jadikan utusan manusia dan Kau beri kitab. Maka siapakah utusanku dan apakah kitabku?”

Allah menjawab “ Utusanmu tukang tenung, tukang sihir, kitabmu adalah perangai buruk, hadismu bohong, Qur’an-mu Syair, tukang azanmu seruling, masjidmu pasar, rumahmu adalah tandas, makananmu sesuatu yang tidak disertakan dengan Nama-KU,minumanmu adalah yang memabukkan dan perangkapmu adalah PEREMPUAN

Surah Ibrahim: Ayat 22
§ Syaitan berkata ketika perkara hisab telah diselesaikan: " Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu, TETAPI aku MENYALAHINYA. TIDAK ada kekuasan bagiku terhadapmu, melainkan(sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu, jgnlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah DIRIMU SENDIRI. Aku TIDAK DAPAT MENOLONGMU dan AKU TIDAK DAPAT MENOLONGKU. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku dengan Allah sejak dahulu. " Sesungguhnya orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih"

[+] Baca Lagi