Saturday, June 20, 2009

Sekretariat Mahasiswa Kwsn Ketereh Turun Padang





20 Jun- Sekali lagi Sekretariat Mahasiswa Kawasan Ketereh memainkan peranannya sebagai anak kawasan Ketereh turun padang bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan Masjid Ijabah, Kg. Buluh Poh, Ketereh, Kelantan. Dijayakan bersama kerjasama AJK Masjid, orang-orang kampung dan adik-adik KRS(Kelab Remaja Sohabah) kawasan ketereh.

Aktiviti gotong-royong ini bertujuan untuk membawa mahasiswa berbakti kepada masyarakat, di samping juga mendedahkan kepada adik-adik KRS yang baru sahaja bersama-sama kita untuk mengenali serta memahami peranan kita sebagai golongan yang berpendidikan kepada masayarakat dan agama.

Untuk pengetahuan semua, aktiviti ini adalah merupakan resolusi yang kedua dibuat semasa berlangsungnya Daurah Mahasiswa Ketereh bulan Mei lalu. Resolusi yang pertama adalah Liqa' Adik-Adik KRS Bersama Pimpinan Mahasiswa yang telah juga dilaksanakan pada 6 Jun 2009.

Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat, semoga Allah memberkati usaha dan kerja kita dan merezekikan kita untuk bersama-sama dalam gerak kerja seterusnya. Pengalaman bergerak kerja bersama sahabat sahabiah dari kawasan ini, diharapkan dapat memikat hati-hati kita semua, untuk terus berbakti dan beramal meskipun kita dari tempat penagajian yang berbeza. Mewujudkan suasana kampus di kawasan merasakan bahawa, kita sentiasa mampu untuk bergerak dan berkerja sebagaimana kita di kampus.Ikhlaskan niat agar segala yang dilakukan adalah demi menggapai redha Allah semata, dan bukan untuk dibanggakan. Usaha murni i ni di harapkan suatu masa nanti, mampu membawa kesemua mahasiswa bukan sahaja dari satu kawasan, malah satu negeri dan negara untuk sama-sama bergerak kerja dan menabur bakti kepada negeri, negara dan agama. Insya-Allah.

Renungan Bersama:

" Nak berjaya(menang) itu payah, tetapi nak mengekalkannya adalah TERLEBIH payah"

Renung-renungkan dan moga ia menjadi suatu ungkapan yang mampu buat kita berfikir sekaligus merangsang otot-otot pada badan kita untuk menggunakan ruang dan peluang yang ada sebaiknya.

WaLlahu a'lam...

Thursday, June 11, 2009

Setulus Do'a

Ku iringi doa tulus

Sesuci embun pagi

Dibasahi tasbih memuji

Tuhan pencipta alam semesta

Ku lagukan hasrat hati

PadaMu Tuhan ku serah diri

Mengharap lautan rahmatMu

Bekalan di sana nanti

Ya Allah...

Ku iringi pengharapan di malam sunyi

Tangisan mengalir air mata

Hilangkan jemu sujud menyembah

Sebagai saksi membantu diri

Tangan menadah himpunan rahmat Ilahi

Moga diri terarah syurga nanti

Bertemu Tuhan CINTA PERTAMA

Ni’matNya tiada terhingga

Syahdu rindu bila maghfirahMu

Membaluti tubuhku

Ya Allah, ku iringi do’a pengharapan

Di malam sunyi

Kau limpahkanlah hidayahMu

Moga aku menjadi hamba yang soleh

Luka-luka dicalar dosa dihindar

Membawaku ke alam cintaMu Tuhan

Pasti janjiNya ditepati dan berbahagia

Buat insan bertaqwa

Tanda kebesaran untuk mereka

Ke Dalam Diri

Ku sandarkan lelah di sayap malam
Merebahkan minda
Membius keharuan dunia
Nan berselirat di relung jiwa

Ku cuba lelapkan semua indera
Namun tak berdaya
Sejuta keresahan melanda
Tak membenarkan sebiji lena

Diriku menderita terpenjara di sangkar dosa
Daun pintuNya sentiasa terbuka
Melunak kebebasan
Ya Rabbul Izzati
Kembalikan aku ke dalam diriku semula
Agar sempat untuk bersuara
Lafaz Taubat Nasuha

Ku bimbangkan seandainya
Tiada lagi buatku
Suatu hari menjelma bernama esok
Ku ragui seandainya
Tiada sempat untukku
Menghirupi bayu walau sehela cuma

Ku harungkan sisa dengan tadahan tangan penuh luka
Mengharap keredupan pawarna
Langit akhirat terbentang megah