Wednesday, March 24, 2010

Koreksi Diri

AstaghfiruLlahal 'azim...AstaghfiruLlahal 'azim...AstaghfiruLlahal 'azim..
Semoga lafaz istighfar ini datangnya dari hati yang ikhlas, takut dan taat kepada Allah, dan bukanlah istighfar yang membuahkan dosa. Ramai yang tertanya,bagaimana istighfar itu boleh membuahkan dosa, sedangkan ia adalah lafaz memohon keampunan? Jika lafaz hanya dibibir, tidak dihadirkan dengan hati yag ikhlas dan kesal akan kesilapan yang dilakukan, ia ibarat satu mainan semata-mata.

Mengambil sedikit pengajaran dari lafaz yang terkandung dalam do'a iftitah, jika dihayati dan difahami dengan mendalamnya, maka akan tersentuh hati-hati manusia dan akan tunduklah sikap angkuh dalam diri..

Lafaznya adalah:

Innasolati Wa nusuki Wa mahyaya wa mamati liLlahi Rabbil 'Alamin

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah"

Ingin sekali maknanya ana panjangkan sedikit agar ia menusuk di hati kita semua.

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata dan hanya untuk Allah"

Menyedari hakikat kejadian kita yang di datangkan oleh Allah sebagai hamba dan khalifah, maka sepatutnya lafaz bai'ah ini perlu di fahami sebaik-baiknya. Bertanyalah pada diri, Dari mana kita datang? Kenapa kita didatangkan? Ke mana kita akan kembali?

Kerana meyakini bahawa datangnya kita dari Allah, dan kembalinya kita nanti jua kepada Allah, dan bakal diadili oleh MAHKAMAH ALLAH YANG MAHA ADIL,maka selesaikanlah persolan kedua tadi(Kenapa kita didatangkan?) dengan berlandaskan syariat dan panduan Allah.. Manusia diciptakan untuk mengabdikan diri pada Allah,jua sebagai khalifah di muka bumi., Tugas khalifah adalah memerintah,memakmurkan,membangunkan dunia ini berlandaskan apa yang Allah suka, bukannya apa yang kita suka. Disebabkan itulah, Allah kurniakan kita Al-Quran sebagai panduan dan diperkuatkan lagi dengan hadirnya Para Rasul dan sunnah Rasulullah sebagai contoh teladan.

Manusia biasa, tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Namun, Allah jua telah menyediakan jalan pulang. Allah juga menganjurkan taubat nasuha untuk hamba-hamba yang ingin kembali kepadanya. Cuma terpulang kepada kita sendiri, sama ada mahu ataupun buat-buat tak mahu.

Semoga Allah memberikan kita ruang dan peluang untuk terus mengenali dan mencintaiNya. Juga peluang untuk terus memohon keampunan atas segala kesilapan.Insya-Allah

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu memaafkan diri kita, kerana kita juga bertanggungjawab mengasihi diri kita sendiri.