Saturday, February 27, 2010

Aura Maulidur Rasul

Salam Rabiu'l Awal 1431H buat semua. AlhamduliLlah,Aura Maulidur Rasul diizinkan dipaparkan untuk renungan semua. Kemungkinan agak terlewat dengan tarikh 12 Rabi'ul Awal, namun tidak sesekali terlewat untuk bercerita tentang Kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW.

Lahirnya Nabi Muhammad , Mengenalkan kita akan lahirnya syariat Allah
Wafatnya Baginda , Menandakan telah sempurnanya Syariat dan Agama Allah

Menyinggah di minda, terngiang di telinga, berlegar di benak fikiran kuliah Maghrib yang disampaikan Oleh Ustaz Farid Ravi di Masjid Bandaraya pada malam menjelangnya 12 Rabi'ul Awal. Betapa besarnya amanah yang dipikul Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan Risalah Allah. Bermula dengan mengajak manusia agar meninggalkan menyembah Tuhan selain daripada Allah, Nabi mengajar kita Al-Quran, Nabi juga mengajar kita akan kebijaksanaan. Nabi juga turut serta dalam peperangan. Hati Nabi sedih bila dilontar dengan batu dan najis. Hati Nabi sayu dengan fitnah dan cercaan. Tetapi Nabi tidak pernah putus asa untuk MENDIDIK manusia. Nabi tidak pernah mengeluh, meskipun perut Nabi tidak diisi berhari-hari. Nabi tidak tidak pernah mengutamakan dirinya,demi maruah ISLAM yang dibawa. Malah Nabi amat menyintai dan risaukan kita, UMMAT BAGINDA. Hingga ke akhir nyawa Nabi, hanya yang terukir di bibir Nabi, UMMATI,UMMATI,UMMATI.

Sahabat sahabiah, adik-adik dan seluruh yang mendokong kerja Da'wah yang ditinggalkan Nabi Muhammad kepada kita, jadikanlah Sejarah Nabi sebagai pembakar semangat. Semangat yang terbina atas dasar faham bukan perasaan semata-mata. Belajar untuk mengenali perjuangan dan keperitan Nabi Muhammad dan Nabi-Nabi sebelumnya. Kerana kita adalah mata rantai perjuangan itu. Meskipun bukan pemula ataupun pengakhir, namun kita punyai tanggungjawab meneruskan kesinambungannya.

Semoga Allah merahmati Baginda, Sahabat, Ahli keluarga Baginda, Para Syuhada'. Mohonkan pada Allah agar rahmatNya juga bersama mengiringi setiap ayunan langkah perjuangan kita.

Belajar untuk menyampaikan mesej ISLAM kepada manusia. Jika kita hanya pandai bekerja sahaja, maka perlu melangkah selangkah ke hadapan, latih diri untuk menyampaikan dari lisan dan penulisan. ISLAM ADALAH PRODUK YANG TERBAIK, MAKA ISLAM ITU PERLU DISAMPAIKAN OLEH PENJUAL YANG JUGA TERBAIK. Belajarlah, Aplikasilah, Sampaikanlah. Semoga ia lahir dari hati, dan akan sampai kepada hati.

WaLlahu a'lam


Aura Maulidur Rasul

Salam Rabiu'l Awal 1431H buat semua. AlhamduliLlah,Aura Maulidur Rasul diizinkan

Aura Maulidur Rasul

Salam Rabiu'l Awal 1431H buat semua. Aura Maulidur Rasul diizinkan

Cinta Allah Vs Cintakan Allah

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
Begitu lah hati merindu Kasih yang Padu

Bagaikan pepasir basah disimbah lautan
Begitulah rasa cinta ini
Biar basah dengan zikrullah


CINTA ALLAH VS CINTAKAN ALLAH

Diciptanya kita sebagai manusia dengan sebaik-baik kejadian..Cintanya Allah kepada kita bukannya hari ini baru terbukti..Tetapi betapa sayangnya Allah pada kita dapat kita amati kisah penciptaan ADAM dan HAWA..Kerana Allah Maha Mengetahui, Adam sunyi di syurgaNya, maka Allah hadirkan HAWA dalam hidup ADAM..Sayangnya Allah pada kita,hambaNya, Allah mulakan dengan mengajar Adam tentang silapnya..Allah hukum baginda..Semuanya kerana Allah sayangkan NabiNya..Allah tidak mahu hambaNya binasa dengan rayuan Iblis LaknatuLlah..Dari penjagaan Allah itu, maka lahirnya Penghulu dan Pengakhir segala Nabi,Muhammad S.A.W..

Muhammad Bin Abdullah, digelar Al-Amin..Digelar Rahmatal Lil 'Alamin..Dijadikan HabibuLlah..Indahnya sayang dan cinta Allah..
Sehingga lahirnya seorang Nabi yang dijadikan sebaik-baik contoh buat manusia..
Cintanya Allah pada kita, Allah jadikan kita Umat Nabi Muhammad, yang dipenuhi segala kelebihan..

Namun kita sebagai hamba, kadang-kala lupa akan hakikat Cinta dan KasihNya Allah kepada kita..Kita lupa akan penjagaan Allah semasa kita di alam rahim ibu kita..Bagaimana Allah mengutus para malaikat untuk menjaga kita dan ibu kita..Allah ciptakan air ketuban yang mampu menyerap tekanan dan hentakan..Kita dipelihara dalam rahim ibu kita dari kecederaan..

Tatkala kita lahir ke dunia, Allah syariatkan agar diazankan dan diiqamahkan, sebagai tanda syukur pada Allah dan benteng dari bisikan syaitan..Indahnya kasih sayang Allah..

Hari ini, dan hari-hari yang telah berlalu, terlalu banyak kesilapan dan maksiat yang kita lakukan. Namun, keampunan Allah tetap ada untuk kita..Kita lapar, Allah berikan kita makanan..Kita sedih, Allah kurniakan kita ketenangan..Kita hampa, Allah berikan kita jalan keluar..Kita kecewa dengan manusia, Allah tetap setia bersama..

Pabila kita melakukan kebaikan, Allah bagi kita ganjaran..Pabila kita bertaubat, Allah terima taubat kita..Allah jadikan utusan dan kitab sebagai pendidik dan pegangan kita..Allah jadikan malaikat untuk menjaga kita..Sehinggakan iblis dengki dengan kita..Dengki dengan cinta Allah kepada kita..

TETAPI, MENGAPA???
Kita sukar untuk melaksakan kebaikan..tetapi tidak merasa sukar untuk melakukan kemaksiatan?
Kita terasa penat untuk membaca Al-Quran, tetapi tidak pernah penat untuk urusan dunia yang melalaikan??
Kita tidak merasa kehadiran Malaikat yang mencatat, sehingga kita lupa akan tontonan di Mahsyar??
Kita katakan Iblis itu kufur,tetapi mengapa tindakan kita banyak tergoda dengan rayuannya??


Sahabat-sahabat sekalian,
Ayuh bersama-sama kita pulang kepada Allah yang Maha Menyintai hamba-hambaNya
Ayuh bersama-sama kita baiki kesilapan yang lampau
Bersama kita rasai hadirnya Allah setiap detik masa
Kita letakkan segala pengharapan hanya pada Allah
Kita sabar dengan segala ketentuan
Kita syukur atas segala kurniaan
Kita berterima kasih atas segala ujian
Kerana sahabat-sahabat
Semuanya adalah PILIHAN ALLAH..
Semuanya milik Allah..
Hati ini juga milik Allah...
Maka, didiklah ia agar sentiasa tenang dan ingat pada Allah..


YA ALLAH, kami rindu padaMu
YA ALLAH,kami dahagakan kasih sayangMU
YA ALLAH, kami dambakan pimpinanMU
YA ALLAH, kami impikan syurgaMU
YA ALLAH, kami gerun akan azabMU
YA ALLAH, kami datang dariMU
Kami juga kan kembali kepadaMU

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN

YA ALLAH,kurniakan kami rasa CINTA kepadaMU



Renungkan: Harapan PadaMU Subur Kembali

Wahai Tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan Kohar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan siksaMu

HambaMu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghaffar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu menghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Di waktu mengenang Rahman-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harus ku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya mendidik nafsuku
Yang tidak melihat kebenaran-Mu
Ya Allah Ya Tuhan ku
Bantulah hamba-Mu dalam mendidik jiwa ku ini



RASAI DAN HARGAI CINTA ALLAH, AGAR DIREZEKIKAN OLEH-NYA UNTUKMU MENCINTAI-NYA..
AMEEN YA RABBANA..INSYA-ALLAH



Saturday, February 20, 2010

Buat Orang Muda

Punya cerita duka,
Punya cerita luka,
Itulah namanya arca manusia
Punya hati suka,
Namun sakit saat terluka,
Itulah namanya jiwa manusia
Mengukir saat bahagia,
Menancap waktu sengsara,
Itulah takdir cinta Yang Esa
Takdir itu mana mungkin menzalimi
Tetapi itu Tarbiyyah Ilahi
Suka duka, sengsara bahagia,
Ni'mat Tuhan buat Sang Hamba,
Cuma manusia harus celik menilainya

Buat Orang Muda
Acara kamu masih menunggu puncaknya
Walau terkadang salah bicara
Namun DIA tetap Cinta
Walau terkadang sasar gayanya
Dia tetap menunggu dirimu berbicara
Bicara Cinta hanya antara kamu dan DIA
Bicara cinta Agung yang pasti tiada taranya
Berbahagialah orang muda
Yang pasti tahu datang dan perginya
Hanya di sisi Tuhan Yang Esa

Indahnya bercinta
Cinta pada Tuhan pemilik Alam Semesta



Dipetik dari: Majalah Solusi,Edisi 11

Sempurnanya Penciptaan Manusia

Surah At-Tin, Surah ke-95, merungkai betapa sempurnanya penciptaan manusia dan faktor yang menjadikan manusia itu hina serta jatuh martabatnya..

Sepanjang 2 bulan ini, syuhada mencari segala jawapan untuk mendapat ketenangan..Sehingga sering langkah syuhada tersasar..Syuhada ikutkan emosi dalam tindakan..Ibaratnya syuhada berputus asa dengan rahmat Tuhan..

Namun,syuhada bersyukur pada Allah, Tuhan yang memiliki hati ini..Dalam ketempangan langkah yang syuhada atur, Allah masih terus-menerus memberi syuhada peluang.. Dalam saat syuhada merasakan syuhada keseorangan, Allah tetap ada bersama..

Ramai sahabat hairan dengan tingkah syuhada..Ramai sahabat geram dan marah dengan fi'il syuhada..Syuhada juga tidak faham apa yang berlaku sebenarnya dalam diri..

Syukur pada Allah, Allah gerakkan hati syuhada utk baca sebuah artikel tentang Surah At-Tin..Begitu jelas syuhada rasa penerangan yang syuhada dapat..Benar,manusia itu sebaik-baik kejadian..Alangkah bertambah baik manusia itu jika dia ada taqwa dan iman..Fizikal, rupa,kekayaan cuma diibaratkan solekan dunia semata-mata..Namun, tegas firman Allah dalam ayat yang ke-5, Allah akan menjadikan kejadian yang mulia itu hina sehinggakan akhirnya manusia menjadi bahan bakaran api neraka.. Penghinaan ini berpunca dari KEGAGALAN MANUSIA MENTAATI ALLAH DAN RASUL.. Tetapi, tidak dinafikan juga, manusia boleh terselamat dari menjadi hina, dengan syarat dia TAAT KPD ALLAH DAN RASUL..Ganjaran pahala yang tidak putus-putus akan mereka terima.

Mengapa??? Manusia masih lagi melakukan pendustaan tentang hari pembalasan yang pasti akan berlaku? Mengapa???Manusia masih bergembira dengan maksiat yang dilakukan? Mengapa???Manusia masih lagi tidak mampu mengalirkan air mata tanda insafnya atas segala kesilapan???Di akhir surah ini, Allah telah menyatakan bahawa, Dia adalah sebaik HAKIM.. Yang bakal mengadili semuanya..dari sekecil perbuatan hinggalah sebesar-besarnya..Adilnya Allah, bakal terbukti dgn hadirnya MAHKAMAH PENGADILAN pada HARI KIAMAT NANTI..Mahkamah yang bakal mengembalikan HAK kepada yang BERHAK...

Semoga Allah mengampuni segala kesilapan yg telah kita lakukan..Ya Allah, bimbinglah hati-hati kami dalam mengenal kasih-sayang dan cintaMu..Ya Allah, jangan Kau biarkan kami berputus asa dengan rahmatMu meskipun kami kecewa dengan cinta manusia.. Ya Allah, matlamat kami adalah bertemu dengan Mu di Syurga nanti..Dunia ini hanya sementara..Ni'matnya juga hanya sementara.. Jadikan kami hamba yang bersyukur atas ni'mat yang diberikan dan hindarilah kami dari sifat kufur terhadap ni'matMu... Ya Allah, kami adalah hambaMu..Kami lemah ya Allah, tanpa bantuanMu..Maka Ya Allah, berikan kami kekuatan dan rahmatMu..Hanya kerana dengan cara ini, kami dapat menjadi hambaMu yang soleh dan solehah..Ameen Ya Allah