Monday, May 4, 2009

Dariku Untukmu

Sedikit perkongsian yang sempat diadakan di antara beberapa sahabiah telah mencetuskan sedikit sebanyak percambahan idea penulis untuk mengutarakan sedikit harapan kepada sahabat sahabiah sekalian.

Pesanan buat semua:
1)Kita pasti dijemput pulang olehNya.. Maka, tanya pada diri, adakah kita telah bersedia??

Hidupnya insan tiada yang abadi
Menunggu saat panggilan azali
Hilanglah nafas tak bergerak lagi
Tanah perkuburan kita bersemadi

Ya Tuhan, Ya Allah, Ya Rahman Ampuni Kami

Mayat terbujur telah dikafan
Dibawa pergi sanak saudara
Dikubur tempat akhir pesanan
Tinggal di dalam gelap gelita

Ya Tuhan, Ya Allah, Ya Rahman Ampuni Kami

Talkin dibaca ingatan diberi
Kepada semua yang hidup lagi
Jadikan tauladan kesedaran diri
Kubur yang sempit seksa sekali

Ya Tuhan, Ya Allah, Ya Rahman Ampuni Kami


2)Sudahkah kita berusaha menjadi hambaNya yang baik?? TUHAN, bagaimanalah sebenarnya aku di pandanganMu?

Kala subuh telah bersinar
Daku datang untuk berdo'a
Kala sang suria bersinar memancar
Daku datang sujud dan memuja

Hidupku pasrah kepadaMU
Ibadahku hanya untukMu
Ku sebut namaMu ALLAHAKBAR
Ku berharap padaMu semata
Sebelum jasad menjadi tanah
Hapuskan segala dosa yang sengaja atau tiada

Tuhanku ku pohon restuMu
Perjuanganku hanya untukMu
Ku sebut namaMu
ALLAHUAKBAR
Ku harap hidayah dariMu
Dalam menempuh jalan hidupku
Cintaku hanya untukMu
Kebahagiaan yang ku harapkan

*************************************************************************************


Wahai INSAN ingatlah kamu
Hidup di dunia tiada abadi
Sebelum terlambat sedarlah diri
Buatlah amal sebelum mati

Ingatlah seksa api neraka
Hawanya panas tiada terkira
Jikalau dirimu leka dan alpa
Tentulah mati akan terseksa

Wahai INSAN ingatlah kamu
Hidup di dunia tiada abadi
Sebelum terlambat sedarlah diri
Buatlah amal sebelum mati

Ingatlah wahai Insan
Hidup Di dunia hanya sementara
Buatlah amal sebagai bekalan kita di hari kemudian

Ingat dan waspada wahai manusia
Manapun hidup banyak dugaan
Iman dan taqwa letaklnya di jiwa
Bahagia hidup sepanjang masa

Wahai INSAN ingatlah kamu
Hidup di dunia tiada abadi
Sebelum terlambat sedarlah diri
Buatlah amal sebelum mati

*************************************************************************************

Ya Allah,
AlhamduliLlah,
Setinggi-tinggi syukur ku panjatkan kepadaMU
Kerana telah mengizinkan
Hati ini untuk berkata-kata
Melakar coretan buat diri
Jua buat sahabat semua..

Ya Allah,
Satukan hati kami dalam perjuangan ini
Istiqamahkanlah langkah dan hati kami

Ya Rahman,
Temukan kami di syurga kelak
Bersama kekasih-kekasihMu yang lain

Ya Rahim
Jadikan setiap detik dalam kehidupan kami
Hanya untuk agamaMu

Ya Rabbi
Andai ini coretanku yang terakhir
Rezekikanlah ia juga tergolong dalam 'amal
Demi memperolehi redhaMu

Ya 'Alim
Jika hayat ini bakal berakhir
Dalam beberapa detik sahaja lagi
Maka, rezekikanlah agar saat itu
Aku masih bergerak kerja demi AgamaMU

Ameen Ya Allah...
Aku rindu padaMu
Rindu PadaMu
Rindu ingin bertemuMu
Aku rindu padaMu



To be continue..Insya-Allah

1 comment:

nahnu-jundullah said...

Hidup itu indah jika bersulam takwa, hidup itu indah jiga ikhlas kerana Allah, Hidup itu indah sekiranya berjuang kerana-Nya, Diri takkan kecewa bila yakin bersama-sama disisiNya, Ingatlah!!! Perjuangan itu tidak sia-sia sekiranya meletakkan di hati ALLAH yang sentiasa menyayangi kita.... ( :