Saturday, June 20, 2009

Sekretariat Mahasiswa Kwsn Ketereh Turun Padang





20 Jun- Sekali lagi Sekretariat Mahasiswa Kawasan Ketereh memainkan peranannya sebagai anak kawasan Ketereh turun padang bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan Masjid Ijabah, Kg. Buluh Poh, Ketereh, Kelantan. Dijayakan bersama kerjasama AJK Masjid, orang-orang kampung dan adik-adik KRS(Kelab Remaja Sohabah) kawasan ketereh.

Aktiviti gotong-royong ini bertujuan untuk membawa mahasiswa berbakti kepada masyarakat, di samping juga mendedahkan kepada adik-adik KRS yang baru sahaja bersama-sama kita untuk mengenali serta memahami peranan kita sebagai golongan yang berpendidikan kepada masayarakat dan agama.

Untuk pengetahuan semua, aktiviti ini adalah merupakan resolusi yang kedua dibuat semasa berlangsungnya Daurah Mahasiswa Ketereh bulan Mei lalu. Resolusi yang pertama adalah Liqa' Adik-Adik KRS Bersama Pimpinan Mahasiswa yang telah juga dilaksanakan pada 6 Jun 2009.

Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat, semoga Allah memberkati usaha dan kerja kita dan merezekikan kita untuk bersama-sama dalam gerak kerja seterusnya. Pengalaman bergerak kerja bersama sahabat sahabiah dari kawasan ini, diharapkan dapat memikat hati-hati kita semua, untuk terus berbakti dan beramal meskipun kita dari tempat penagajian yang berbeza. Mewujudkan suasana kampus di kawasan merasakan bahawa, kita sentiasa mampu untuk bergerak dan berkerja sebagaimana kita di kampus.Ikhlaskan niat agar segala yang dilakukan adalah demi menggapai redha Allah semata, dan bukan untuk dibanggakan. Usaha murni i ni di harapkan suatu masa nanti, mampu membawa kesemua mahasiswa bukan sahaja dari satu kawasan, malah satu negeri dan negara untuk sama-sama bergerak kerja dan menabur bakti kepada negeri, negara dan agama. Insya-Allah.

Renungan Bersama:

" Nak berjaya(menang) itu payah, tetapi nak mengekalkannya adalah TERLEBIH payah"

Renung-renungkan dan moga ia menjadi suatu ungkapan yang mampu buat kita berfikir sekaligus merangsang otot-otot pada badan kita untuk menggunakan ruang dan peluang yang ada sebaiknya.

WaLlahu a'lam...

2 comments:

SERAMBI MEKAH said...

salam, camane nak join mhsiswa ketereh? saya mhsiswa ketereh juga.nak join sngat.hbungi saya deh.cintailahilahi@gmail.com

Nik Nurulsyuhada' Binti Ismail said...

insya-Allah, tafaddol..hubungi akh shahril deh..