Tuesday, July 22, 2008

Lelaki Acuan Al-Quran



"Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT

Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga dengan pahala

Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu


Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya

Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga

Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga

Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya

Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya


Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa

Matanya kepenatan kerana kuat membaca

Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir

Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian


Lelaki acuan al-Quran ialah
lelaki yang tidak mudah terpesona

Dengan buaian dunia

Kerana dia mengimpikan Syurga

Disitulah rumah impiannya

Bersama wanita acuan al-Quran"


p/s: Buat diri dan sahabat sekalian.....bukan sahaja lelaki Al-Quran sahaja yang perlu wujud...malahan juga wanita Al-Quran...kerana semua ini adalah tanggungjawab kita bersama setelah kita meyakini dan membenarkan ISLAM itu adalah Ad-Deen.... Memang mudah utk berkata-kata...tetapi agak sukar untuk melaksanakannya...sama-samalah kita berusaha ke arah membentuk generasi acuan Al-Quran...Insya-ALLAH

No comments: