Sunday, March 8, 2009

Cinta DIA Vs Cinta Si Dia

Bahagian 1

Berbisik di dasar hati
Bertanyakan pada diri
Tentang Kasih
Tentang Cinta

Haruskah Aku mnghampiri
Haruskah Aku menjauhi
Jika ia mematikan hati
Melemahkan iman
Menjauhkan diri Dari DIA
Rabbul Izzati

Bercakap dari pengalaman diri..Aku rasa, perlu untuk aku sampaikan buat semua taulan.. Kerana inilah tanggungjawabku.. Jika aku benar berpegang pada kalimah tauhid, " La Ilaha IllaLlah, Muhammad RasuluLlah..

Aku sering berdiskusi bersama teman, mangapa COUPLE menjadi virus yang susah untuk menemui ubatnya? Adakah kerana kita yang salah mengenakan ramuannya? Atau kerana kita tidak memahami situasi mereka? Atau adakah kerana kita hanya tahu berbicara, tanpa tindakan? Atau pun kerana kita yang bergelar DU'AT ini yang ada kelompangan dalam situasi sebegini? CERMIN-CERMIN, INTAI-INTAI, Di manakah kelompok kita?

Memang benar, kita dituntut melaksanakan Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar, tapi ia hanya mudah sekadar teori, dan apabila praktikalnya hampir, ia menjadi teramat sukar.. Mengapa ya? Tanyakan pada iman anda

Setiap ujian Allah itu, ada hikmah dan ibrahnya. Jika anda belum pernah diuji dengan Ber"COUPLE", mungkin anda tidak memahami betapa indahnya jika di alam percintaan. Sehingga membuatkan pasangan itu asyik dengan angan-angan bersama. Susah dan senang sama-sama, makan bersama dan sebagainya. Bila melihat kepada fenomena ini, cuma fikirkan pendekatan yang terbaik..Bagaimana untuk meleraikan pasangan yang bermimpi in? Betulkah caranya dengan mengherdik? Salah kan? Betulkah dengan cara berlembut, jelaskan dengan sebaiknya, sedangkan tiada berkesan di hati? Mungkin method ini perlu di tambah perisanya..

Nak tahu resepi terbaru??

Tunggu...

1 comment:

relax87 said...

salam..
satu isu yang bagus..memang sukar untuk membendung masalah ini..
mungkin anda tak pernah mengalaminya..hehehe..
bagi ana, yang penting jangan menyisihkan mereka..buat macm biasa..tapi cuba terapkan tentang masalh couple..InsyaALLAH ok..
beramal kerana ALLAH..