Monday, October 6, 2008

Pergimu Menghadap Illahi...Al-Fatihah


Ku Merintih Aku Menangis
Ku Meratap Aku Mengharap
Ku Meminta Dihidupkan Semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda
Sebelum menjejak ke dunia
Menanti di barzakh sebelum berangkat ke Mahsyar
Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya


Tanah yang basah berwarna merah

Semerah mawar dan juga rindu
Tujuh langkahpun baru berlalu
Seusai talkin bernada syahdu

Tenang dan damai di pusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakan ku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
Kehidupan di sini bukan suatu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian
Kehidupan di sini bukan suatu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali roh kembali
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku
Terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu

Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberitahu
Tiada siapa pun dapat hindari
Tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari nafas terhenti
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali tak sanggup untukku mengulangi

Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
Menggiggil ketakutan kelam pekat di pandangan
Selama ini diceritakan
Kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan
Selama ini diceritakan
Kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan

Ku Merintih Aku Menangis
Ku Meratap Aku Mengharap
Ku Meminta Dihidupkan Semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Demikianlah lirik lagu Kumpulan Far-East yang dapat kami hayati hasil tulisan Allahyarhamah Siti Aisyah Bt Bakri pada sehelai kertas A4 berwarna putih yang bertarikh 21 Ogos 2008 jam 7 pagi.

Tanggal 6 Syawal 1429H, jam 4 pagi kami dikejutkan dengan berita bahawa Siti Aisyah telah kembali ke rahmatuLlah setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 5 Syawal semasa Allahyarhamah bersama-sama saudara-maranya dalam perjalanan ke Kota Kinabalu setelah pulang beraya bersama keluarga di Tawau.

Al Fatihah buat Allahyarhamah dan ucapan takziah kepada keluarga beliau.

Ana tiba di HQE sekitar jam 7.35 pagi tadi. Setibanya di bahagian forensik, kelihatan sudah ramai sahabat-sahabat yang telah sedia menunggu di sekitar bangunan itu. Setiap mata sahabiah ana tatapi, cukup sayu, diiringi bacaan Yassin. Tiba-tiba kekeuatan yang ana bina untuk tidak mengalirkan air mata teruji jua. Air mata bergenang di kelopak mata tiba-tiba mengalir laju, bukan kerana tidak redha dengan pemergian Allahyarhamah, tetapi mengimbau kenangan bersama semasa bergerak kerja di UMS. Jam 9 pagi, ana di fahamkan oleh K.Sajidah, doktor nak buat bedah siasat. Allahu Akbar.

Dalam jam 9 pagi, ibu kepada arwah tiba bersama kakak sepupu arwah. Kelihatan ibunya cukup lemah. Ana berkesempatan berada di samping ibunya. Sahabiah yang lain juga ada memberikan kata-kata semangat kepada si ibu. Ana tatap wajah ibunya, sayu. Tiba-tiba ibunya menggelengkan kepala. Ana tanyakan," Kenapa Makcik?". "Dia dah pergi nak,baru sahaja makcik melihatnya. Sebelum tinngalkan dia semalam, makcik bagitahu, "Mamak pulang dulu ya, nanti mamak datang balik" arwah menggangguk dan mencium tangan ibunya walaupun dalam keadaan matanya tidak dapat dibuka." Makcik, Allah sayangkan dia, Aisyah orangnya baik, insya-Allah, dia bersama orang-orang yang soleh" balas ana menenangkan ibu arwah. Ibunya cuma mengangguk. "Cuba makcik tengok sahabat-sahabat arwah, semuanya orang baik-baik, Aisyah ni selalu turun surau, bagi tazkirah. Makcik beruntung, dia seorang anak yang solehah" tambah ana lagi.

Sahabat-sahabiah yang dirahmati Allah sekalian,

Kematian, pastinya sesuatu yang akan berlaku. Setiap insan bakal menghadapinya. Itulah hakikat bagi kita yang bernyawa. Sifat Allahyarhamah yang lembah-lembut dan selalu tersenyum, cukup mengingatkan kami kepada beliau. Selama bergerak kerja bersama Allahyarhamah, beliau cukup disenangi semua dan ibunya mengatakan bahawa beliau adalah seorang anak yang solehah. Jika di rumah, tidak pernah beliau membiarkan ibunya membuat kerja rumah, tidak pernah melukai hati ibu ayah dan beliau juga seorang yang cukup tenang. Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Insya-Allah.

Wahai Pendokong perjuangan Islam,
Mungkin kita telah kehilangan seorang mujahidah yang sebelum ini telah bersama-sama kita bergerak kerja mendokong kerja-kerja dakwah dan amal Islami, namun perlu kita ingat, kita perlu terus berjuang. Kerana saat rehat kita hanyalah kematian. Yang pergi akan terus pergi, kita yang masih hidup, perlu teruskan perjuangan. Semoga gerak kerja yang kita semua lakukan, bakal mendapat balasan yang baik dari Allah, jua dapat dikongsi bersama semua pendokong dan sahabat-sahabiah yang lain sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Insya-Allah.

Buat Allahyarhamah,
Adik, meskipun kita tidaklah seakrab mana, namun ukhuwah yang kita bina, gerak kerja yang kita laksanakan bersama sematamata kerana Allah cukup mengingatkan akak kepada adik. Kami sayangkan adik, dan Allah itu lebih sayangkan adik. Kami redha, kerana ini adalah suratan kehidupan. Kami doakan adik bahagia di sana. Kita bakal bersua jua di akhirat sana. Semoga syurga Allah lah tempat untuk kita semua. Selamat bersemadi, semoga Allah permudahkan urusanmu di alam sana.Insya-Allah.

WaLlahu a'lam


2 comments:

Nur Ruqaiyah Abdul Rahman said...

'mati adalah pasti, hidup insyaAllah..."

meniti bait tinta pnulis yg ana kagumi..ramli awg murshid, terasa ajal begitu dekat dgn diri, tapi bl mengira sikitnya amalan dan pbgorbanan yg ana smbgkan utk islam, trtanya layakkah matiku nanti brgelar 'syuhada'

p/s-ALLAHUAKBAR..tgk muka nti,ana tringat sahabat baik ana d mesir,ada iras2 wjah dia,sahabat yg tmukan ana dgn prjuangan ni..dh lame xdgr brita..rndu plak..

Nurjannah Saifullah said...

"Disaat engkau dilahirkan, engkau menangis dan orang lain tersenyum... BERJUANGLAH! agar disaat engkau menghembus nafas terakhir, engkau tersenyum dan orang lain menangis" (Prof-Hamka)

Kematian adalah satu kepastian... marilah kita bersama-sama mempersiapkan diri utk menghadapi malam pertama d alam barzakh dan malam seterusnya...

P/s: pada adik2 di kampus...
adik 'aisyah dh kembali ke rahmatullah... senyuman yg tersirat di bibirnya & kenangan bersamanya akan tetap menjadi memori indah bg kita...

Teruskan perjuangan demi membela deenuLlaah...jangan mudah goyah! Kita berjuang kerana Allaah bukan kerana manusia... janganlah pemergian sahabat kita ke rahmatullah melemahkan semangat adik2 utk meneruskan perjuangan Islam...


" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة