Friday, August 22, 2008

Kita Dicabar Lagi

Assalamu'alaikum WarhmatuLlahi Wabarakatuh

Suatu pendedahan yang sebelum ini mungkin tidak diendahkan langsung oleh kita semua yang bergelar seorang mahasiswa sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam, yang telah menggerakkan hati dan fikiran saya untuk berkongsi dengan rakan-rakan warga kampus sekalian adalah berkaitan isu budaya hedonisme yang agak dan dikatakan melampui batas sejak kebelakangan ini.

Sebuah universiti yang dinobatkan sebagai pusat ilmu dan pusat melahirkan para cendikiawan yag mewarnai kepimpinan negara suatu hari nanti telah dicemari dan dikotori oleh aktiviti-aktiviti berbentuk hiburan yang difikirkan tidak sepatutnya dihidangkan kepada insan bergelar mahasiswa.

Tempat yang dikatakan simbolik kepada budaya ilmu contohnya Dewan Canselor telah dimeriahkan dengan konsert-konsert dan hiburan yang melampaui batas kesopanan dan kesusilaan serta sedikit sebanyak mencabar nilai sebuah universiti sebagai gedung ilmu.

Sebagai mahasiswa yang prihatin akan fenomena ini berasa cukup kecewa dengan pihak pentadbiran kerana seolah-olah tiada langsung usaha untuk menyekat dan mengurangkan masalah ini. Sedangkan rata-rata insan yang berada di bahagian pentadbiran adalah yang beragama Islam. Tetapi di manakah mereka? Apa yang mereka buat sebenarnya.

Fikir-fikirkanlah

No comments: