Wednesday, August 27, 2008

Permatang Pauh : Buktikan Bangkitnya Kesedaran

26 Ogos 2008 merupakan tarikh keramat kepada penentuan, milik siapakah Permatang Pauh yang menempatkan calon-calon yang tidak kurang hebatnya sebagai pesaing kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim? Persoalan ini terjawab apabila keputusan rasmi pilihanraya ini diumumkan. Majoriti yang mencecah hampir 15000 undi ini membuka mata dan hati rakyat Malaysia keseluruhannya bahawa pengaruh Dato' Seri Anwar Ibrahim ini ibarat api yang marak membara dan tidak padam meskipun pelbagai ujian dan cabaran yang dihadapi.
Firman Allah dalam surah Ar-Rum:Ayat 4-5

Rumusan Kepada Tafsiran Ayat ini:" Kemenangan itu Hanya Dari Allah Yang Maha Gagah Lagi Bijaksana"

Saya yakin dan percaya, dengan izin Allah Taala satu anjakan Paradigma akan berlaku kepada pentadbiran negara sedikit masa lagi. Bukan kerana fanatik kepada sesuatu parti, tetapi bukti sudah jelas, rakyat mahukan perubahan, dan rakyat juga tidak buta mata hati dan mata fikiran untuk menilai dan membuat pilihan yang terbaik.

Tetapi perlu kita ingat dan sedar, kejayaan ini tidak akan kekal seandainya segala tuntutan tidak ditunai, sekiranya syariat Allah dipandang remeh dan sekiranya tiada usaha yang mapan ke arah pembaharuan dan perubahan.

Jadikan kejatuhan yang dahulu sebagai pembakar semangat dan kemenangan hari ini sebagai amanah yang perlu ditunaikan. Dan yakinlah, selagi perjuangan ini tidak lari dari dasar dan tuntutannya, percayalah bahawa pertolongan Allah sentiasa mengiringi.

No comments: