Wednesday, August 6, 2008

Syukran Jazilan Ya Ummi


Semalam ana berkesempatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka..telah tersurat takdir ana diizinkan ke sana..meskipun tidak merancang sedikit pun untuk ke sana....namun bukan pengalaman dan perjalanan ke sana yang ingin ana ceritakan tetapi ada sesuatu yang lebih penting dan lebih 'aula untuk ana coretkan...

Sahabat sahabiah yang ana kasihi kerana Allah sekalian...

Tanggal 7 Julai 2008, genaplah umur ana 21 tahun..Suatu angka yang cukup besar serta anggaran umur yang cukup matang untuk seorang insan yang bergelar wanita...Tapi..ana tidak berniat untuk meraih hadiah atau apa-apa pun daripada pembaca sekalian..cuma ana ingin nyatakan,ucapan kesyukuran kepada Yang Maha Esa yang masih memberikan ana peluang dan ruang untuk terus hidup hingga ke saat ini..

Sahabat sekalian...

Sedar kah kita...suatu masa dahulu...kita pernah menyebabkan seorang insan menanggung kesakitan dan bertarung nyawa demi permata yang dinanti-nantikan kelahirannya..Ibu yang telah banyak menitiskan air mata tatkala kita melawan kata-katanya meskipun pada saat itu kita cuma berusia setahun jagung..Hati yang selalu menahan sebak dek kenakalan kita yang sukar untuk dididik..namun...ibu tak pernah menyisihkan kita dari hatinya..kita tetap permata hatinya...untuk selamanya..kerana tiada yang lebih menggembirakan hati seorang wanita yang bergelar isteri..melainkan dapat menghadiahkan zuriat kepada suami tercinta..tiada hadiah yang lebih menggembirakan hati seorang ibu melainkan dapat melihat anak-anaknya membesar dengan baik di depan matanya....

Senaskah buku yang sempat ana beli semalam bertajuk.."KEPENTINGAN OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI SOSIAL DAN KLINIKAL"...cukup memberi gambaran kepada ana..bukan senang untuk melahirkan seorang anak..tambahan pula pelbagai masalah dan risiko yang terpaksa dihadapi..Mungkin kita pernah terdengar..kebanyakan daripada ibu yang hamil mengalami masalah kesihatan seperti kencing manis dan jantung hanya semasa dalam tempoh kehamilan..Ditambah lagi dengan risiko-risiko lain yang mampu meragut nyawa si ibu dan bayi...

Namun..cekalnya hati seorang ibu..kasihnya pada anak yang dikandungkan..tiada lain yang diharapkan..melainkan keselamatan anaknya..namun pernahkah kita terfikir sebelum kita melontarkan kata-kata dan perbuatan yang menyakiti hati ibu kita..akan pengorbanan ibu sebelum ini..Tepuk dada tanya lah iman...

Ana mempunyai seorang sahabat yang cukup menghormati ibunya..Apa yang utama dalam hidupnya adalah ibu..dan adik-adiknya..Tanggungjawabnya sebagai anak sulung kepada 4 beradik yang telah lama kehilangan seorang ayah cukup membuatkan ana sedar dan menyayangi insan yang bergelar ibu..Tidak pernah dia meninggikan suara walaupun sekali kepada ibu..malah dia menjadi tempat untuk ibunya berkongsi segalanya baik suka atau duka..ana bangga dengannya kerana keprihatinan dan sifat hormatanya kepada ibu cukup tinggi..Mungkin kita kurang merasakan begini kerana kita masih memiliki kedua ibubapa kita...bagi dia..ibunya adalah segalanya selepas cintanya kepada Allah dan Rasul...

Sahabat sekalian..

Sayangi dan hargailah ibu anda sebelum dia diundang bertemu Yang Maha Kuasa..Hormatilah dia kerana bersama redhanya ada redha Yang Esa..Bukan sahaja ibu yang perlu dihormati, malahan insan yang bergelar ayah..hargai keringat yang telah dititiskan demi membesarkan kita...Gunakan peluang dan ruang yang masih Allah bagi ini sebaik mungkin..

Waassalam


No comments: