Thursday, August 28, 2008

Malaysia Yang Ku Cintai

Sumber:http://zainulfaqar.blogspot.com

FENOMENA MALAYSIA KINI: SATU TINJAUAN

Betul mahupun tidak, kita sendiri yang mengetahui jawapannya berdasarkan pemerhatian, pengetahuan dan kesedaran kita sebagai rakyat Malaysia amnya dan lebih-lebih lagi sebagai ahli Gerakan Mahasiswa Islam khasnya.

Selamat meneliti,perhalusi dan jika kesemua fenomena ini benar kesahihannya, maka terpulang kepada anda untuk mengubahnya dengan penuh rasa kesedaran.

Sebenarnya agak sukar untuk menentukan rupa Malaysia Hari ini khususnya dari konteks GMI itu sendiri. Kesukaran ini disebabkan oleh Penulis sendiri sudah agak “lama” meninggalkan GMI. Sebab itu, Penulis sangat tidak bersetuju dengan penyaranan segelintir senior GMI agar menjadikan zaman “mereka” sebagai model gerakan.

Penyaranan ini sebenarnya akan melahirkan generasi GMI yang anti-redikal dan anti-ijtihad. Satu-satu ijtihad sebenarnya sangat tepat hanya pada zaman ijtihad tersebut diketengahkan. Tidak dapat tidak ijtihad WAJIB dilakukan satiap periodisasi kepemimpinan GMI dan ijtihad yang paling tepat sebenarnya dilakukan oleh seorang Mujtahid di zaman kepemimpinan mereka. Justeru, kepemimpinan GMI seharusnya selain mempunyai kebolehan Tasawur Islam yang jelas dan tepat, kepemimpinan GMI juga seharusnya mempunyai kebolehan mencermati kondisi semasa massa.

Berdasarkan pada cematan saya, terdapat beberapa fenomena hakiki yang secara sedar atau sebaliknya membentuk rupa lanskap siasah Malaysia. Fenomena-fenomena tersebut ialah:-

1. Sistem Sosial Diikat Oleh Ethnicity-Complaisant-Fear

Walaupun Malaysia sudah mengecapi kemerdekaan lewat setengah abad dan telah menempuhi pelbagai pengalaman Tamadun Malaysia, namun hakikinya lanskap massa masih lagi diikat dalam beberapa ikatan feudal warisan penjajah. Antara ikatan yang dimaksudkan ialah devide and role (bermaksud: dasar pecah dan perintah). Ikatan-ikatan ini sebenarnya demi memastikan tiadanya ikatan padu di kalangan rakyat yang secara nyata terdiri oleh pelbagai rumpun bangsa, agama dan budaya; agar pihak pemerintah (kolonial atau kerajaan) akan terus mengekalkan status quo mereka dalam masyarakat.

Dasar “KESBAN” atau sistesis pada Keselamatan-Pembangunan masih lagi menjadi subjek propaganda utama pihak kerajaan sejak dahulu hingga “masa” sekarang demi membentuk lanskap politik domestik negara bangsa Malaysia ini. Tragedi 13 Mei (1969), Operasi Lalang Okt,27 (1987), Tuntutan Suqiu (Nov, 1999)[1] dan Reformasi 1998 merupakan antara contoh norma-norma yang pernah berlaku dalam “masa” Malaysia. Daripada norma-norma ini, maka lanskap-lanskap tertentu dibentuk oleh semua pihak yang berkesedaran sama ada golongan politikus, kerajaan, aktivis “rakyat” dan sebagainya demi tujuan-tujuan tertentu.

Perluasan skala oleh pihak kerajaan seperti JQAF, KPLI, pengambilan SAR oleh pihak kerajaan sebenarnya salah suatu penstrukturan semula sistem sosial Malaysia. Imbuhan dalam rupa bonus dan pelbagai elaun khusus kepada komuniti penjawat kerajaan sebenarnya adalah suatu lanskap siasah; dan sebagainya. Lanskap ini diwujudkan demi melahirkan pelbagai konflik kepentingan (conflict of interest) dalam segenap kehidupan rakyat; yang akhirnya rakyat lebih gemar menjadi pemerhati setiap perkembangan dalam tamadun Malaysia. Inilah yang dikenal pasti sebagai “selesa”.

Demi memastikan tahap selesa ini terus dominan dalam diri rakyat, rakyat juga turut diikat dengan pelbagai peraturan yang memberi kelebihan kepada pemalaran status quo pemerintah. Antara akta tersebut ialah, Ordinan Darurat, ISA, OSA, AUKU , Akta Mesin Cetak dan sebagainya.

Penulis melihat rakyat sebenarnya bukan tidak tahu kepincangan masyarakat dan negara, namun kepincangan-kepincangan ini hanya diperjuangkan secara diam melalui hati baik oleh komuniti ahli UMNO-BN atau anggota kerajaan sendiri. Inilah ikatan sosial Malaysia - ethnicity-complaisant-fear!

2. Kecelaruan Tindakan Oleh Pemimpin Disebabkan Faktor Kejahilan

Penulis melihat kepemimpinan negara berada dalam rupa celaru. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah celaru dalam mengamalkan Islam dan mentadbir negara berlandaskan Islam. Kecelaruan Pak Lak turut dibebankan dengan pelbagai budaya celaru oleh komuniti Menteri Kerajaan Malaysia, UMNO dan Barisan Nasional sendiri. Akhirnya rakyat yang sedia jahil turut terkeliru dan celaru dengan dogma-dogma kerajaan disebabkan mereka jua rata-rata jahil agama dan politik.

Terma-terma kecelaruan dan kejahilan pemeritah sebenarnya adalah suatu lumrah disebabkan tidak kembali kepada agama. Namun yang lebih malang ialah dikalangan pemimpin-pemimpin Islam, organisasi-organisasi Islam malah para pendokong gerakan Islam sendiri bagi saya jahil dalam memahami Islam dalam konteks kekinian kini.

Islam adalah agama yang sesuai sepanjang masa, saman dan tempat. Namun, jika dikalangan sofwah al-mukhtarah Islam itu sendiri gagal memahami Islam secara falsafah dan praktikal, maka sudah pasti Islam itu bakal dibaca dalam rupa yang kaku.

Kecelaruan dan tiada konsistansi dari segi fikrah dan tindakan di kalangan para pemimpin dan organisasi yang bercita-cita membawa Islam dalam konteks Malaysia merupaka suatu kondisi malang yang sepatutnya diinsafi bersama. Kondisi ini berpunca oleh lantikan pemimpin “mee maggie” yang bukan sahaja jahil dari segi keilmuan, malah dari segi pengalaman.

3. Gelombang Kebangkitan Islam Sedunia

Walaupun pelbagai tragedi malang melanda dunia Islam semasa, namun sesuatu hakikat yang seharusnya diakui oleh kita ialah Islam dalam periodisasi kebangkitan. Pasca PD2, selepas kejatuhan blok Soviet (secara fizikal sahaja), Islam menggamit perhatian hegemoni Barat-Kapitalisme. Buktinya, berlaku neo-imperialisme ke atas negara-negara umat Islam. Neo-Imperialisme ini amnya dalam rupa budaya-fikrah yang akhirnya berlaku kemunduran sosial dalam negara umat Islam.

Sesuatu yang menarik, apabila satu-satu negara umat Islam mengalami tahap kemunduran sosial tinggi, Islam kembali menjadi alternatif tamadun di kalangan majoriti rakyat. Dominasi siasah oleh kelompok-kelompok Islam lahir di beberapa negara bangsa umat Islam. Antaranya ialah di Iran (1979), Libya (1990), Turki (1995), Indonesia (1999), Mesir (Dis.2005) dan Palestin (Jan. 2006). Amerika-Eropah-Barat sangat bimbang dengan kebangkitan Tamadun Islam kini.

Sebenarnya di Malaysia jua berlaku kebangkitan Islam pasca PRU10. Islam serta kepemimpinannya walaupun gagal membentuk kerajaan, namun keputusan PRU12 sangat memberi kelebihan kepada PAS-BA. Menurut Zulkifli Bujang (UiTM Johor), pengenalan Manhaj Islam Hadhari merupakan salah satu faktor pendesak ialah pihak kerajaan Malaysia cuba berlumbang-lumba dengan lain-lain pihak untuk membuktikan siapa lebih Islam dalam konteks Malaysia? Walaupun berlaku kecelaruan nilai Islam di peringkat kerajaan dan UMNO-PAS, namun yang pasti rakyat mula cenderung pada sistem alternatif iaitu Islam. Sebab itu, kerajaan jua berkecenderungan mengetengahkan idea Islam dalam konteks kerajaan Malaysia.

4. Pluralisme Gerakan Cenderung Pada Deulisme

Sampai hari ini, di kalangan pembangkang asyik membincangkan idea “SATU PARTI PEMBANGKANG”. Sebelum ini PRM-ADIL sistesis dan dikenal sebagai PKR. PAS-ADIL-PRM-DAP pernah berada dalam konsesi BA (sebelum itu dikenali sebagai GERAK).

Di kalangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) turut membuat beberapa koliasi. Individu Bukan Kerajaan (NGI) juga baru-baru ini menubuhkan konsisi untuk tujuan keadilan sosial Malaysia melalui pentas Blogger kebangsaan.

Penulis melihat bahawa segala perkembangan terkini khusus di pihak yang bukan berkepentingan, berkesedaran dan menjunjung tinggi prinsip keadilan seolah olah sudah berada dalam suatu orbit yang sama dan sejagat. Inilah yang dimaksudkan dengan Pluralisme Gerakan Cenderung Pada Deulisme. Walaupun penulis menentang “TEORI SATU NILAI” tajaan sosialis, namun atas faktor sejarah dan keperluan semasa, fenomena ini sangat besar kepentingannya kepada Islam jika dicermati bersama.

5. Gerakan Islam Tenggelam Dalam Amukan Isu

Ramai pemerhati politik tempatan melihat bahawa gerakan Islam PAS semakin mendekati rakyat melalui acara demontrasi jalanraya dan responsif pada beberapa isu yang melibatkan kepentingan agama dan sosial Malaysia.

Isu serangan AS ke atas Afghanistan-Iraq, layanan tahanan di Guantanamo, Karikator Hina Nabi, Murtad, Rasuah, Pepecahan dalam UMNO-BN, Setinggan, Pengangguran dan sebagainya adalah antara isu-isu dominan dalam lanskap politik Malaysia.

Di kampun juga, rata-rata aktivis sangan ghairah mengambil pendekatan “singkat” ini demi dinobatkan sebagai gerakan massa. Penulis melihat ada kesan baik. Namun, jika gerakan tiada mempunyai konsistensi isu dalam mengisi harakah Islamiyyah, Penulis bimbang organisasi-organisasi Islam akhirnya terperangkap oleh isu-isu yang sengaja dicipta dalam lanskap sosio-politik Malaysia.

6. Dunia Mencari “Universal Man”

Isu ketirisan, integriti, ketelusan Pak Lah, UMNO dan BN semakin menjadi rahsia umum yang bukan sahaja diketahui oleh politikus, cendekiawan dan aktivis di pelbagai peringkat Malaysia. Malah, semua pihak sudah secara diam sudah menyatakan pendirian negatif kepada kerajaan. Namun, mereka masih enggan memberi batton kepemimpinan kepada kelompok alternatif; termasuk PAS.

Realiti ini sebenarnya bertitik tolak pada ketidakyakinan mereka kepada Islam dan PAS sendiri. Di dalam PAS sendiri sebenarnya sudah wujud bibit-bibit fasad yang hanya boleh ditangani oleh seorang Universal Man atau Mujaddid. Mujaddid ini seharusnya mempunyai watak kenabian iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fathonah agar Universal Man ini menjadi pemimpin sejagat kepada semua rakyat yang terdiri oleh pelbagai kepercayaan, etnik, adat dan status sosial. Penulis sangat mempercayai teori Universal Man ini.

No comments: