Wednesday, October 22, 2008

Jangan Tanyakan Aku

Jangan tanyakan aku tentang hidupku
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan
Ia adalah anugerah
Ia adalah ujian
Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita
Aku telah menjualkannya kepada Allah
Kemudian aku berjalan dalam barisan pembawa petunjuk

Jalan hidupku adalah
Al-Quran, Pedang dan ujian
Allah telah memberkatinya
Dan para Nabi terdahulu telah melaluinya
Para Syuhada telah menyirami jalan ini dengan darah mereka
Maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya

Jangan tanyakan aku tentang hidupku
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan
Ia adalah anugerah
Ia adalah ujian
Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita
Aku telah menjualkannya kepada Allah
Kemudian aku berjalan dalam barisan pembawa petunjuk

Sedangkan penghujung perjalananku
Adalah apa yang meredhakan Allah
Dan apa yang diinginkanNya
Keuntungan dengan kemenangan nyata
Atau
Kesyahidan dan keabadian

Jika engkau telah berada di muka bumi
Dan
Engkau tahu bahawa umurmu terbatas
Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
Jika tidak
Alangkah buruknya kewujudannmu

Jangan tanyakan aku tentang hidupku
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan
Ia adalah anugerah
Ia adalah ujian
Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita
Aku telah menjualkannya kepada Allah
Kemudian aku berjalan dalam barisan pembawa petunjuk



1 comment:

Pejuang Islam said...

Assalamualaikum...salam ziarah...sungguh sedap nasyid ini...La Tas'aluni mursyid oleh Muhammad Husayn....terima kasih kerana berkongsi....blog yang menarik....teruskan usaha...smoga anda berjaya dunia dan akhirat...amin...:)